Wednesday, December 30, 2009

Pastikan diriku bukan sang Kafirin dan bukan Munafiqin

Antara tiga itu satu mungkin kita. Mu'min, Munafiqin dan Kafirin. Itu jelas kerana tiada lagi yang selain itu. Jika kita belek pula AlWaqiah, kita kan dapati antara Sang Kanan atau Sang Kiri atau yang lebih mulia ialah Sang Terkehadapan. Hidup ini tiadalah lain melainkankan suatu ujian untuk menentukan di manakah harus kita tinggal dan menetap selepas kematian.


Tapi jika dilihat hidup ini bagaikan tiadanya alam selepas kematian itu. Hidup ini telah dibayangkan kekal. Telah digambarkan sebagai selama-lamanya sehingga kita lupa alam haikiki itu di mana. Kekalahan senantiasa buat sang pengejar akhirat jika dia bersaing di dunia. Jika dia beroleh kemenangan pula ianya mesti dilihat dalam dua kedalaman. Neraka bagi kita yang ingin memperolehi syurga ketika di fana ini. Oh! Al Baqarah yang telah kulayarkan tadi terberhenti kerana berakhirnya ayat yang ke 286. Kini jam telah menunjukkan 11.23 pagi. Kumulakan semula perjalanan Al Baqarah. Kuharap ketenangan akan terus kuberoleh dengan kemerduan gelombang Al Baqarah ini.


Memang harus kita takuti kerana sempadan antara lembah Mu'min dan Munafiqin itu amat rapat. Sehingga kita selalu tergelincir. 20 ayat awal Al Baqarah dibahagikan tiada sama untuk lembah-lembah yang tadinya disebut. Cuma satu lembah sahaja yang kita pastinya terselemat berkat. Iaitu lembah Mu'min. Manakala yang dua lagi lembah cukup marabahaya. Oh! Si lembah Kafir hanya dua barisan ayat sahaja diceritakan. Jelas pantas kita boleh elak dari terjerumus padanya. Akan tetapi semenjak perjalanan ayat ke delapan hingga ke dua puluh, yakni sebanyak 13 ayat menceritakan segmen Munafiq. Waduh! Marilah kita elak dan berlari jauh dari sempadan kabur itu. Kerana dengan lentok layu dan rayu iblis kita sedang berperang lagi. 11.30 pagi menamatkan penulisan ini.

13 hari tanpa kemaskinian! Kisah-kisah dalam Al Baqarah.

Bukanlah ku ingin terlalu sibuk. Dan bukan jua aku ni kesibukan sangat. Cuma tak berkesempatan. Ya lah. Segalanya mudah untuk kulakukan jika di dalam kamar kantorku.


Hari ini Rabu yang cergas. Ingin kucergaskan diri yang sedikit kemalas-malasan ini. Ingin kucari musabbab yang akan cergaskan diriku. Akhirnya aku memilih untuk mendengar Al Baqarah. Sebenarnya sejak dari dalam mobil ketika kupandui ia sememangnya telah terpasang niat untuk kudengarkan Al Baqarah sewaktu bekerja di kantor nanti.


Ya, seronok juga kisah-kisah yang diteladankan di dalam Al Baqarah itu. Di manakah harus kumulakan penceritaan ini. Eh! Bukankah kisah enggannya iblis sujud kepada Adam itu cukup menarik. Benar sekali.... antara yang menarik.


Dialah si iblis jahannam. Suka mengganggu dan mengusik kita. Sebenarnya iblis cuba mencari seberapa banyak ummat manusia untuk dia sesatkan. Agar dia dapat jadikan temannya bersama di alam neraka kelak. Jadi apakah persediaan kita. Kita sebenarnya setiap saat berhadapan dengan peperangan hebat. Antara nafsu dan suruhan Tuhan. Nafsu sering menggoda untuk kita memilih kekalahan. Iblis pula membojok dengan bisiskannya goda. Godaan yang disertai syahwat yang dahsyat.


Siapa pemukau yang memakau. Jiwa terpaku beku. Nafsu pasrah mengalah. Oh! Tidak! Bekalan Iman mesti ada. Manisnya bak manisan. Iman mesti bertahan. Kuatkan jasmani serata badan. Kita pasti cipta kemenangan. Di dalam suatu pertarungan.

Thursday, December 17, 2009

Coretan awal Ahmad Ansor

Salam Persahabatan. Setelah 19 tahun aku menjejaki dunia siber sebagai warga net a.k.a netizen, baharulah aku merasakan sudah tiba masanya untuk memulakan sendiri suatu blog milikku. Ini aku. Ya, bicara kali ini jitu sungguh nampak keakuannya. Namun aku reda begini. Agar aku lebih terakrab bersama medan blog ini.

Namun sebenarnya, telah beberapa kali juga aku cuba nak memulakannya. Namun setiap kali kumula cuba lestarikannya aku gagal memutuskan apakah pembawakannya. Blog mesti memiliki wajah. Mempunyai mata dan suara. Blog juga mesti mampu mendengar dan melihat jelas. Blog jua mesti boleh bernafas.

Di kesempatan hari ini, aku tiada berniat menulis panjang. Kerana untuk apa ditulis sesuatu itu dengan panjang jika tiada orang yang mahu membacanya. Biar ia ringkas, padat dan jitu. Rasanya, sekianlah untuk kali ini. Sehingga kita bertemu lagi. Salam Persaudaraan.