Thursday, December 17, 2009

Coretan awal Ahmad Ansor

Salam Persahabatan. Setelah 19 tahun aku menjejaki dunia siber sebagai warga net a.k.a netizen, baharulah aku merasakan sudah tiba masanya untuk memulakan sendiri suatu blog milikku. Ini aku. Ya, bicara kali ini jitu sungguh nampak keakuannya. Namun aku reda begini. Agar aku lebih terakrab bersama medan blog ini.

Namun sebenarnya, telah beberapa kali juga aku cuba nak memulakannya. Namun setiap kali kumula cuba lestarikannya aku gagal memutuskan apakah pembawakannya. Blog mesti memiliki wajah. Mempunyai mata dan suara. Blog juga mesti mampu mendengar dan melihat jelas. Blog jua mesti boleh bernafas.

Di kesempatan hari ini, aku tiada berniat menulis panjang. Kerana untuk apa ditulis sesuatu itu dengan panjang jika tiada orang yang mahu membacanya. Biar ia ringkas, padat dan jitu. Rasanya, sekianlah untuk kali ini. Sehingga kita bertemu lagi. Salam Persaudaraan.

3 comments:

  1. salam kembali. biarlah aku menjadi yang pertama memberikan ulasan dalam blog mu. mengikut peraturan blog seluruh dunia, komen pertama dari sesiapa saja perlu diberi wang sagu hati berjumlah 100usd. ahmad ansor rivai batubara punya pasal, abaikan saja

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih sahabatku yang kuat berkarya tanpa jemu sejak dari dulu. Lalu untuk dimanfaatkan peraturan berblog seluruh dunia maka ku gantikan sahaja wang sagu hati itu berupa blog pertama yang akan kusenarai blogkan di atas sana. Justeru nanti ku akan terus menerus menuntuni kamu sebagaimana kau jua akan terus sebegitu. Terima kasih kembali.

    ReplyDelete
  3. Iltizam dipermulaan sememangnya memberi impak yang tinggi. Namun iltizam tanpa tindakan yang seiring, akan terus kecundang dipertengahan jalan. Wajarkah begitu..alang-alang menyeluk pekasam....

    ReplyDelete