Friday, April 29, 2011

Tuhan Semesta Alam

Hening 2 by Digital Mukmin
Sungguh klasiknya istilah semesta. Ianya menyatakan tentang banyaknya alam. Tuhan ialah Rabb. Rabb ialah Pentadbir. Allah adalah Pentadbir Alam Semesta.

Thursday, April 28, 2011

Lega Rasanya.... AlHamdu.... Wow! Hebat! Fuyoo!!!

Cantik, menarik, tertarik, kau memang da bomb!!! Demikianlah rangkap jambat-korusa dalam lagu anak muda kala kini. Itulah pernyataan yang nak menyatakan suatu kepuasan atau suatu ketakjuban.

Alhamdulillah. Beginilah kita diajar untuk menyatakan kesyukuran. Juga untuk memuji. Atau bila dipuji manusia kita kembalikan semua pujian itu kepada Allah.

Lapar, dahaga, lalu kita makan dan minum. Setelah hilang rasa dahaga dan perut rasa kenyang, bersyukurlah pada nikmat Allah tersebut. Sebutlah, Alhamdulillah.

Dapat apa yang kita hajati. Pujilah Allah. Lihat keindahan alamaya. Pujilah Allah. Wow! Hebat! Fuyooo!!!

Kita takan tersilap malah kita akan mendapat rahmat bila sentiasa dilidah kita ini kalimat Alhamdulillah. Sesiapa yang sering sahaja mengulangi sebutan syukur Alhamdulillah, pasti akan bergandagandalah lagi datang kesenangan padaNya. 

Cinta itu Rahsia. Rahsia itu Cinta.

Cinta, apakah maksudnya Cinta? Inilah suatu kalimat yang disukai semua manusia. Cinta itu apa sebenarnya? Adakah ianya suatu kata kerja atau suatu kata nama? Cinta ialah kata nama. Yang dipinjamkan sebagai kata kerja bagi membolehkan ianya dirasai dan digambarkan. 

Banyak barangkali boleh dianalisis bagaimana sebutan ini terbentuk dan terjadilah bentuk sebutannya sebagai Cinta. Tidak usah pergi jauh dan kita lihat saja kepenggunaan peristilahan ini hari ini. Ada yang kata Cinta itu adalah Alam ini. Cinta adalah Lautan dan Daratan. Cinta adalah Langit dan Bumi. Cinta adalah Bulan, Bintang dan Matahari. Cinta adalah angkasaraya dan langit berlapisan. Cinta adalah ombak dan pantai. Cinta adalah air, angin dan udara. Cinta adalah cahaya dan api. Semuanya diisbatkan sebagai Cinta.

Bila dijadikan kata sifat. Cinta itu Rawan yang merawan. Cinta itu Indah dan menawan. Cinta itu Abadi. Dan ada juga yang mengatakan Cinta itu Agung. Di manakah cinta? Cinta ada di udara. Di angin lalu. Cinta pula boleh hadir dan boleh pergi. Cinta ada di dalam hati ini. Cinta dan cinta dan cinta dan pelbagai wajah dan maksud cinta.

Ramai juga bertanya, dan masih bertanya lagi.... Apakah maksud Cinta? Apakah itu Cinta? Ada yang berkata... Aku sedang bercinta... sedang dilamun cinta!

Cinta itu adalah Tuhanmu. Cinta adalah Allah. Allah itu Cinta. Cinta sebenarnya memberikan maksud segalagalanya ada di dalamNya. Diri dan ketuhanan itu amat dekat. Sedekat apa sahaja yang dekat, amat dekat sangat antara diri dan ketuhanan. Di manakah Allah? Allah ada di mana-mana.......

Cinta itu rahsianya ialah Tuhan yang kita cari dalam kesemulajadian kejadian kita sendiri. Sebagaimana Nabi Ibrahim mencari TuhanNya. Difikirnya langit, bulan, bintang, matahari dan apajua yang dianggap rahsia. Lalu rahsia menceritakan bahawa bulan, bintang, matahari dan apajua yang dilihat itu adalah makhluk. Yang dijadikan. Maka tiadanya rahsia yang dicari itu pada makhluk. Sehinggalah rahsia meneceritakan kepadanya bahawa Tuhan itu adalah Allah. Kerana apa Nabi Ibrahim menemui Tuhannya? Kerana Cinta yang sedia ada dalam dirinya dan Cinta yang ada di mana-mana itu. Cinta itulah Allah.

Apakah yang rahsia itu?

Rahsia itu kerana Al Qur'an tiada mahu dikaji isi maksudnya. Dipelajari sebegitu sahaja tanpa ada usaha (ijtihaad) untuk mentelaah maksudnya dengan sebenar-benar maksud. Kita sedia tahu ianya dimulakan dengan satu pengucapan Agung. Bismillahir Rahmanir Rahim.

Pengucapan Agung itu sebenarnya adalah Do'a yang paling besar. Kita ucapkan ia di setiap gerak kerja yang nak kita lakukan. Atas nama Allah. Ar Rahman. Ar Rahiim.

Allah. Kalimat terbesar dan paling besar. Maksudnya apa? Semuanya di dalamNya. Dialah semuanya. Itulah nama Tuhan Yang Maha Tunggal. 1 itu Allah. Allah itu 1. Segalanya adalah BagiNya. Allah adalah Segalagalanya. Tiada Tuhan Melainkan Allah. Kalimah Tertinggi.

Ar Rahman. Allah itu adalah Tuhan Yang Paling Kasih. Ar Rahiim. Allah itu adalah Tuhan Yang Paling Sayang. Ar Rahman bila disebut mestilah digandingkan dengan Ar Rahiim. Supaya maksudnya sedia difahami. Kasih Sayang. 

Allah itu maksudnya Cinta. Cinta itu adalah Allah. Ar Rahman dan Ar Rahiim bila bergandingan maksudnya Kasih Sayang.

Jadi Bismillahir Rahmanir Rahim jika diterjemahkan secara bahasanya ke dalam Bahasa Melayu jadilah begini maksudnya.

Atas Nama Cinta dan Kasih Sayang.

Kita selalu menyatakan bahawa Cinta ada di mana-mana. Kasih Sayang ada di udara dan air. Itulah Allah. Kita tahu apa itu Cinta dan Kasih Sayang. Kini rahsia kubuka untuk kalian. Cinta dan Kasih Sayang itulah Tuhanmu, yakni Allah. Ar Rahman dan Ar Rahiim. 

Wednesday, April 27, 2011

Buka Rahsia

Buka Rahsia. Apakah itu Rahsia? Rahsia ialah perkara yang belum lagi diceritakan. Maka bila sudah diceritakan ia bukannya rahsia lagi. Di sudut almari dan di atas meja tersusun suatu Kitab Suci yang dinamakan Al Qur'an. Namun kitab itu hanyalah hiasan dan buat bacaan sepintas lalu setelah usai Solat. Biasanya pada waktu selepas Maghrib. Justeru, kenapa tidak Kitab Suci itu dibuka dan dibaca kerana padanya ada semua rahsia tentang diri dan alam. Ya, diri mesti dikenali. Alam mesti diketahui. Dengan mengetahui diri dan alam, pastinya akan kita tahu bahawa ada yang mencipta keduanya. Siapakah yang mencipta diri dan alam. Oh! Nanti dulu sahabatku. Usah pergi lebih jauh. Kerana kita mesti selesaikan tentang pengertian maksud diri dan alam ini. Siapakah aku dan kamu? Dari manakah kita datang? Dari manakah asal usul kita? 

Atas nama Allah. Aku mulakan bicara ini. Atas nama Cinta, bicara ini gelora. Atas nama Kasih Sayang, penulisan ini dibelai dan diusap. Halus lembut. Menyentuh kalbu. Baldu biru. Di atas nama kekasih dan gelora percintaan lalu hati jadi tenang dengan sepenuh ketenangan. Jiwa jadi ampuh, gemalai meruntun. Embun pagi yang membasah pipinya. Diusap dengan sayang, dibelai dengan penuh kasih dan maknanya.

Semalam bintang berkilauan walau ada juga yang berkerlipan. Kerana ada yang di situ tak ke mana, manakala ada yang berpusing mengikut orbitnya. Lalu ada yang kita nampak kemudian tak nampak kemudian nampak lagi kilauan cahayanya. Manakala ada yang terus kita nampak kerana ia di situ menetapnya. Merekakah bintang-bintang atau merekakah taqdir kita di dunia. Yang tersusun bagai matriks nombor yang berjajaran. Lalu yang indah dan cantik itu memang tersergam. Rasa nak dipujipuja. Rasa nak leleh rasa pasrah dan menyerah padaNya. Nak bersyukur sentiasa. Nak ucapkan kepada Sang Pencinta Agung. Aku Cinta padaMu.

Ini adalah sebuah blog berbahasa Melayu

Kini rasanya sudah tiba masanya blogowan ini menulis tekun. Kerana (c) Hakcipta Terpelihara sudah secara rasminya dilancarkan. Hakcipta Terpelihara akan membawa anda ke suatu pembicaraan yang lebih kritikal. Tentang perkara yang sedia difahami kepada perkara-perkara yang perlu difahami lebih lanjut. Entri berikutan akan bermula dengan satu penjelajahan minda yang akan berkisar tentang Buka Rahsia. Rahsia tentang apa? Marilah kita sama-sama melakukan kayuhan minda dan jelajah bersama ke alam berfikir yang hebat. Apa gunanya aqal kalau kita tak menggunakan ia dengan sebaikbaiknya. Moga-moga petunjuk Illahi akan mengiringi bersama perjalanan minda kita. Wallahu A'lam.