Tuesday, May 31, 2011

Masuk ke dalam Iman

Iman itu adalah buana Ar Rahim. Diri ini kasar mestilah dilembuti dan segeralah masuk ke dalam buana Ar Rahim dan masuklah nafsu ke dalamnya sebagai Nafsu Al Muthma'innah.

Monday, May 30, 2011

Menduga Mithali

Ramai yang akrab tahu bahawa dunia ini akan qiyamah untuk Yaum Ad Din. Apakah itu Yaum Ad Din. Hari yang  Tiada Nafsu Memilik apa-apa ke atas mana-mana jua Nafsu. Dan setiap perkara dan isu pada Hari itu di dalam Milik Allah semata.

Inilah maksud Maliki Yaum Ad Din. Diterangkan lagi dalam Ayat Al Kursi. Tiada barang satu insan pun dapat Memberikan Syafaat melainkan dengan izin Allah. Kerana dia amat mengetahui apa yang ada di antara dua tangan manusia mahupun apa yang ada di belakangnya. Justeru pintalah Hidayah sebelum menyeberangi Siraat Al Mustaqim.

Dan pintaan Hidayah itu dalam As Solah kepadanya. As Solat ini maksudnya suatu Time Machine yang boleh menghubungkan antara manusia dan Allah. Pada periode As Solah, kita pintalah Hada kepada Allah seraya berkata IhdiNa Siraat Al Mustaqiim......

Sunday, May 29, 2011

Facebook Abah

Abah @ Keluarga Al Ikhlas

Barakah diri ke dalam diri

Tiada lain yang lebih baik selain membarakah diri ke dalam diri. Mencari maknawinya kehidupan. Melegakan kesihatan badani. Meneruskan perjuangan para ambiyai wal mursalin.

Saturday, May 28, 2011

Mengestrak akali

Cenderung kepada usaha dalam diri. Mengimbau dan mengimbas. Suatu perjalanan yang mesti ditempuh.

Tuesday, May 24, 2011

Cadangan untuk memantapkan Bolasepak Professional Malaysia

Segalanya sering dibimbing oleh polisi nasional dan implementasi undang-undang. Justeru bolehlah FAM memikirkan tentang Akta Entiti Bolasepak Professional Malaysia digubal. Entiti tersebut mestilah sesuatu yang menyamai entiti yang diwujudkan dalam Akta Syarikat atau Akta Koperasi. Ianya bukan lagi sebuah pertubuhan sukan lagi. Persatuan Bolasepak Negeri misalnya kini bolehlah dikorporatkan sebagai sebuah syarikat Berhad. Contohnya Persatuan Bolasepak Perak bolehlah menjadi Entiti Bolasepak Professional Perak Bersekutu Berhad. Syer-syer pemilikan bolehlah diterbitkan dan Kerajaan Negeri Perak atau melalui anak syarikatnya bolehlah memegang majoriti syernya sehingga 60% dan selebihnya dibuka kepada awam. Suatu dana pengurusan bolasepak tersebut akan menjadi suatu pengurusan sebuah syarikat Berhad. Nama pasukan kepada Entiti Bolasepak Professional Perak Bersekutu boleh diringkaskan sebagai Perak Bersekutu dan didaftarkan tandaniaganya, nama timangannya, warna rasmi  dan logonya. Kini Perak Bersekutu misalnya sudah menjadi suatu entiti yang 100 peratus komersial.

Bagi kelab-kelab bolasepak yang telah maju yang kini dibiayai oleh mana-mana syarikat korporat boleh melakukan yang sama. Contohnya, Felda United. Boleh saja didaftarkan sebagai Entiti Bolasepak Professional Felda Bersekutu Berhad atau Felda Bersekutu. Kepenggunaan Bahasa Malaysia hendalah diperkasakan bagi menonjolkan jatidiri bangsa dan negara. Bagi entiti syarikat Berhad ini, bolehlah mereka memikirkan untuk bersaing di BSKL suatu hari nanti. Oh ya! Setiap pasukan yang tadinya telah ditubuhkan hendaklah memiliki sebuah Stadium (Tuan Rumah) bagi melaksanakan pertandingan bolasepak dan juga mesti memiliki sebuah padang latihan tersendiri. Di tempat tersebutlah para penyokong akan berkumpul dan berinetraksi bagi menjayakan pasukan bolasepak masing-masing. Bebaskan aktiviti ini dari kongkongan politik yang terlalu merimaskan. 

Friday, May 6, 2011

Alam Semesta, Bahasa Arab dan Sistem Pertigaan

Dalam mimpi Nabi Yusuf, beliau menyatakan bahawa beliau melihat 11 kaukab (planet/bintang), bulan dan matahari sujud kepadanya. Jumlahnya menjadi 11 kaukab + 1 bulan + 1 matahari sujud kepada 1 Nabi Yusuf. Kita baca elemen alam semesta itu dalam Bahasa Arab atau sistem pertigaan.

Setelah ahli astronomi melalui pelbagai kajian maka pada Ogos 2006 kesemuanya bersetuju menetapkan bahawa planet bertanah atau berbatu itu hanya ada 4 sahaja iaitu Utarid, Kejora (Zuhrah/Venus), Bumi dan Marikh. Jadi nilai 11 dalam sistem pertigaan ialah 4. 4 juga planet yang berasaskan gas (pepejal ais) iaitu Musytari(Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus dan Neptun. Jadi apa yang dicerap selama ini hanyalah kaukab.

Akhirnya polemik 11 planet patut berakhir bilamana 11 itu dibaca secara sistem pertigaan. Ianya hanyalah 4 sahaja. Iaitu 4 planet bertanah dan 4 planet bergas-pepejal-ais.

Jumlah 11+1+1=13 (iaitu anak Nabi Yaaqub 11 orang + Nabi Yaaqub dan isterinya); jika ditulis dalam sistem pertigaan 13 ialah 111; iaitu jumlah ayat dalam Surah Yusuf.

Apakah pula signifikasi 111 di sini? 111 yang sujud kepada 1? Kita boleh menyimpulkan yang ianya merujuk kepada Matahari, Bulan dan Planet yang sujud kepada Allah. Kerana Allah Rabb Sekalian Alam.

Bahasa Arab, bilangan hurufnya ada 28. 2+8=10, 1+0=1. Maknanya ianya telah kembali kepada Penciptanya Allah. Setiap huruf dalam Bahasa Arab mempunyai kiraan bilangannya dan juga maksud karakternya. Apakah itu Bumi atau Ardh' (huruf Alif + Ra + Dhad). Bebanan numerikalnya ialah 1 + 200 + 800 =1001. Maksud karakter Alif, Ra dan Dhad ialah Allah Tuan Besar (yang Melihat) dan Pemutus Hukuman. Bagaikan kita telah sampai ke Maqsud - Maliki YauMuddin.

Oh ya! Ardh tadi nilainya 1001 jadi jika ianya dibaca sebagai sistem pertigaan pula, nilainya ialah 28. Jadinya 28 huruf Bahasa Arab yang kita gunakan untuk membaca Al Qur'an tadi adalah untuk memahami bagaimana untuk hidup di Bumi ini. Tersempurna Al Qur'an diwahyukan kepada Nabi Muhammmad SAW menjadilah Ad Din Al Islam. Inilah Kod Kehidupan di Bumi bagi kita berhadapan di hari Ad Din nanti.

Thursday, May 5, 2011

Pengertian maksud Alam Semesta dalam Mimpi Nabi Yusuf

Dinukilkan dalam empat ayat pertama bermula dengan ALIF, LAM, RA. Alif. Lam. Ra. adalah pengunci kepada Surah yang ke-12 ini yang mana keseluruhan jumlah ayatnya adalah gandaan 3 nombor 1 iaitu 111. Penegasan seterusnya berbunyi:

Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Qur'an yang menyatakan kebenaran.

Dan seterusnya ayat kedua memberikan maksud begini:

Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Qur'an yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

Pada ayat ketiga pula :

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Qur'an ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.

Dan di ayat yang keempat:

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Pada ayat yang kedua cukup mendalam maksudnya, iaitu Al Qur'an ini diturunkan sebagai kitab yang dibaca dengan Bahasa Arab. Ini adalah supaya sang pembacanya membaca Al Qur'an ini menggunakan aqal untuk memahami isi kandungnya. Apakah itu Bahasa Arab? dan kenapa Bahasa Arab? Sudah pastilah Bahasa Arab yang sememangnya sebuah bahasa yang berpegang kepada sistem numerikal dan sistem mantik yakni, logika. Bahasa Arab adalah satu-satunya bahasa yang mana sistem tatabahasanya berpaksikan hukum pertigaan iaitu 0, 1 dan 2. Atau ringkasnya, 1+2=10.

Wah ini Surah Yusuf ini adalah surah yang ke 12 dan jumlah ayatnya 111. Jadi kedua-duanya berjumlah 10 (dalam sistem pertigaan). 1+2=10 dan 1+1+1=10. Demikianlah huruf Alif Lam Ra berfungsi sebagai pengunci kepada Surah ini.

Demikianlah buat saat ini dan berfikirlah dahulu sebelum kita teruskan sambungan bicara ini.

Apakah itu Alam atau Alam Semesta?

Seterusnya marilah kita mengkaji apakah yang dimaksudkan dengan Alam sepertimana ayat kedua maksud Surah Al Fatihah. Maksudnya, Segala puji bagi Allah, Rabb sekalian Alam. Justeru sekalian Alam itu juga bermaksud Alam Semesta. Marilah kita lihat apakah yang ditulis oleh Wikipedia Bahasa Melayu berkenaan Alam Semesta.

Alam semesta merujuk kepada kesemua benda yang wujud, sama ada dapat dilihat (pepejal), atau tidak dapat dilihat (udara). Benda-benda di dalam alam semesta dapat di bahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu benda hidup dan benda bukan hidup.

Sebahagian pakar sains percaya bahawa Alam Semesta bermula dengan satu letupan besar yang membentuk ruang, masa, tenaga, dan jirim. Dalam Alam Semesta terdapat kelompok-kelompok galaksi yang teramat besar yang dikenali sebagai Kelompok agung, yang terdiri daripada kelompok-kelompok galaksi yang lebih kecil.

Dalam kelompok galaksi yang lebih kecil daripada Kelompok agung, di mana kita berada dikenali sebagai Kelompok tempatan. Terdapat 30 galaksi termasuk Bima Sakti yang telah dikenal pasti, beredar mengelilingi pusat Kelompok tempatan. Dalam setiap galaksi dianggarkan terdapat pula 100,000 juta bintang dan pada kebiasaannya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit dibahagian tengah seperti piring dengan saiz diameter 100,000 tahun cahaya.Bagaimanapun terdapat galaksi berbentuk lingkaran, lingkaran berpalang, elips, bentuk tak seragam.

Setiap galaksi berputar mengelilingi pusat galaksi, dan ini termasuk sistem suria yang terletak di dua per tiga ke tepi galaksi Bima Sakti, kira-kira 30 ribu tahun cahaya dari pusat. Sistem suria mengambil masa 220 juta tahun untuk melengkapi satu edaran mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Dalam Sistem suria pula kesemua sembilan planet beredar mengelilingi matahari. Sesetengah planet di sistem suria memiliki bulan yang beredar mengelilingi mereka.

Kita telaah dahulu yang ini, nantinya akan kita pergi lebih mendalam lagi.

Tuesday, May 3, 2011

Segala Puji Bagi Allah Rabb Alam Semesta

Apasaja nikmat yang kita rasai, hendaklah kita mengucapkan Alhamdulillah. Selepas kenyang makan, setelah hilang dahaga kerana minum. Kita ucapkanlah Alhamdulillah.

Juga ketika kita dalam kesempitan, lalu Allah berikan laluan mempermudahkan kita, sayugia kita ucapkan Alhamdulillah.