Sunday, September 2, 2012

Keiblisan mendosai aku - Dalam payung-payung neraka api itu menyala-nyala!

Demikianlah Iblis memimpin kerajaan Syathaninya yang dianggotai jin dan manusia. Merekalah puak-puak thaghut yang menyusun atur jalan ke neraka. 

Nun itu adalah suatu garisan yang ditulis Al Qalam. Qalam mempunyai tiga elemen iaitu elemen Qaf. Elemen Lam. Dan elemen Mim. Elemen berasal daripada perkatan Ilmu. Ilmu pula punya tiga elemen iaitu Ain, Lam dan Mim.

Ilmu punyai kaitan rapat dengan Aqal yang mana elemennya ialah Ain, Qaf dan Lam. Marilah kita buka rahsia Lam dahulu. Rahsia Lam ada di dalam Surah Al Ikhlas. 

Bila baca sahaja surah itu maka terjumpalah kita kepada elemen Qaf dan Lam. Lam itu maksudnya Allahlah tempat Makhluq bergantung hidup secara mutlaq kepadaNya. Kerana Allah itu Ahad. Satu dan Tunggal. Tanpa Qaf masakan kita dapat berkata-kata. Apalagi nak membaca. Lebih-lebih lagi nak berfikir dan menulis.

Lam punyai tiga pengertian. Iaitu, Lam Yalid wa Lam Yulad. Wa Lam Yakun-Lahu Kufuan Ahad. Allah itu tiada yang memulaiNya mahupun yang datang dari ZatNya. Bebas Allah dari sesuatu yang sama dengan ZatNya.

Lam itu adalah Tidak sama sekali pada bila-bila masa pun, mahupun di mana-mana jua. Inilah maksud keIkhlasan kita kepada Allah Yang Maha Agung. Ketunggalan Zat Allah adalah Maha Besar. Tersangat Besarnya. Sungguh Adzhim.

Qaf adalah Ilmu Allah. Dan Ilmu itu hanyalah milik Allah. Dan para Rasul hanyalah sang pembawa berita yang nyata. Pednuh dengan keterangan. Ain adalah keterangan. Lam menyatakan bahawa keterangan itu hanya semata datangnya daripada Allah untuk para Mim.

Mim ialah simbol bagi para Makhluq. Para malaikat pada awalnya cuba menyanggah Kehendak Allah untuk mencipta pengganti yang akan memimpin bumi. Para malaikat cuba-cuba memberikan hujah  akan kerisauan mereka bahawa nantinya sang pengganti itu akan mengulangi perlakuan fasad dan menumpahkan darah sepertimana yang telah masyarakat Jin lakukannya di bumi sekian tahun lamanya. 

Maka Allah mengingatkan kepada para malaikat bahawa Dialah Yang Mahapunya Ilmu. Tergamam para malaikat dengan segera ingat untuk terus bertasbih kepada Allah bahawa Ilmu itu hanyalah milik Allah semata. Tiadalah para Malaikat berdosa dalam pertanyaan mereka kerana itulah yang menunjukkan bahawa mereka adalah makhluq yang tiada setitis Ilmu pun mereka miliki melainkan setelah Allah ajarkan Ilmu itu kepada mereka. 

Qaf adalah kebenaran. Sesuatu yang penuh kepastian. Qaf di segmen pertama ialah berkata dan baca. Di segmen kedua ianya adalah aqal dan kebenaran. Manakala di segmen ketiga ianya adalah logika dan kebenaran.

Logika dan kebenaran mendayausahakan aqal dalam kebenaran yang akhirnya menyebabkan makhluq boleh berkata dan membaca. Lantas menulis. Semuanya itu terlaku dan terus berlaku dalam kebergantungan kepada kuasa Allah dan kehendakNya. Dan akhirnya menjadi boleh makhluq berkata dan membaca, Lalu menulis dan mencatat. 

Semuanya itu berada di dalam suatu garisan yang tiada tahu bila titik mula mahupun titik akhirnya. Meskipun demikian hanya ada satu sahaja titik yang dititikkan di tengah-tengah Nun. Satu sahaja matlamat. Iaitu semuanya hendaklah mengesahkan bahawa Allah itu Satu dan Maha Tunggal. Maha Suci Allah. Subhanallah.