Wednesday, August 22, 2012

Mata Nasrullah?

2:214

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh),

...sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya

"Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" 

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Di manakah Allah?

2:186

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka)

Sesungguhnya Aku (Allah) AMAT DEKAT; 

Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. 

Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu)

dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

2:102

2:102
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); 

kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". 

Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. 

Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Yang Mulia

...dia tak dapat pulang ke kampung untuk berhari raya bukan kerana tiket bas habis.... 

...bukan juga kerana dia kena stayback overtime...

semuanya adalah kerana ... suatu masa dahulu ada seorang lelaki telah menganiaya ibunya dan dia lahir ke dunia... 

...selepas lahir, ibunya tinggalkan dia di masjid keseorangan... 

...kini dia adalah seorang mahasiswa di menara gading yang tidak pulang ke kampung untuk berhari raya kerana dia tiada kampung untuk pulang... 

...dia tak pernah kenal siapakah ibunya sehingga kini... setiap kali di takbir raya, dia akan ke Masjid kerana dia ada Tuhan untuk dia Sembah dan dia Minta Pertolongan dariNya... 

...pada yang masih punya kampung halaman, pulanglah berhari raya... 

...Salam Takbir Raya, Idul Fitri - Maaf Lahir dan Batin kepada semua... 

...Selamat Hari Yang Mulia... 

...Ikhlas daripada saya...