Saturday, December 21, 2013

Melanjuti Penerokan Surah Al Qalam 68:8-10

Ayat 8-10 Surah Al Qalam 
68:8
Sahih International
Then do not obey the deniers.
68:9
Sahih International
They wish that you would soften [in your position], so they would soften [toward you].

68:10
Sahih International
And do not obey every worthless habitual swearer
1. Fa LA TUTHI' alMukazzibin 
2. Waddu Lau Tudhinu Fa Yudhinun 
3. Wa la TUTHI' Kullu Hallaf(in) Mahin 

Lihatlah grammatical order yang disalingkan susunan Fa: 
FA (sa)Tubsiru (wa) Yubsirun 
Waddu (Lau) Tudhinu FA Yudhinun 
{wazan fa'alanya}: (1) FA tuf'ila - yuf'iluun - tuf'ila (2) FA yuf'ilun 

Adanya sesuatu Protokol yang disusun oleh Allah pada setiap kata kerja selepas FA. FA itu ibarat suatu signal berkenaan dengan seuatu Tugasan Khas. 

Tugasan untuk Rasulullah ialah pada perbincangan sebelumnya iaitu Soal Al Huda dan Ad Dhaal. Di mana untuk Rasulullah ialah Ayyukumul Maftun. 

Kamu semua itu Mesti Di-fated-kan. Boleh juga dalam kefahaman "menjalankan apa yang di fatwakan" dan menjadi Tugas Kerasulan ialah "menyampaikan fatwa". 

Sesuatu FADE (fate) itu mestilah dengan sesuatu "kerjaan" dan bukannya "serah pasrahan". Kerana Maftun itu memkasudkan "Fata" itu ada MIM. Sesuatu Mass atau "pekerjaan/acara/protokol" yang mesti dibuat/dikenakan atau yang hendaklah di"omit". 

Lalu jelas juga di sini akan kenyataan thesis daripada Allah iaitu : Soal Al Huda dan Ad Dhal itu Soal Ilahun atau Soal Allah. 

Di sinilah Ilmu Tauhid : La Ilaha Illa Allah. Jangan langgari garisan tauhid: LA ILAHA ILLA ALLAH! 

Nota: Tugasan kita ialah pohon Al Huda dan Pohon ditiadakan Ad Dhaal. Ayuh Solat..... Ihdina As Siraath al Mustaqiim....

FA sa Tubsiru Wa Yubsirun - gramatically ianya Past Participle. - Wahai Muhammad; kau akan membuat mereka melihat dan mereka akan diperlihatkan. 

Inilah Tugas Da'wah yang Ulung. Dalam Kefahaman Universal: (68:5) adalah pemberitahuan daripada Allah bahawa Nabi Muhammad akan menjadi seorang Rasul! Belum lagi suatu Perintah kerana bukan fe'el Amar. 

Ada huruf Sin (sebelum fe'el) yang bermaksud "akan". Ini adalah Notis Pemberitahuan Awal daripada Allah. Apa bekalan? 

[PHASE 1] 
Code=96:1-5 [stage 1] 
Suatu Perintah Illahi+RABBi[RaBABa] 
Di perkuatkuasakan RA - QafRa Allah 

KHA+LAM+QAF 
Biology + Semantic + Ribonucliec Acid (RNA) 

AIN+LAM+QAF [stage 2] 
Suatu Perintah Illahi+RABBu[RaBABa] 
Di perkuatkuasakan RA - QafRa Allah - Al Akram - Cromosom & Chrome + Semantic Allah 

AIN+(LAM)+LAM+MIM 
By QAF+LAM+MIM 
Allah AIN+(LAM)+LAM+MIM 
Al Insaan MA: "LAM YA'LAM" 

[PHASE 2] 
Code=68:1-4 [stage 1] 
Nuuuunnnnnn QA+LAM+MIM 

M-factor: YASTHURUN (Ya+SIN+THA+RA+wau+nun) [stage 2] M-factor: AnTa By NUN AIN MIM ta

::[Biology + Semantic + Ribonucliec Acid(RNA)]
:: The Makhluq cannot being magnetised 

N-Factor (In): LaAJRAN Ghair Mamnun 
N-Factor (In): La'ALA KHA+LAM+QAF Azhiim 

Nota: 

1. Otak kiri kita digunakan untuk apresiasi otak kanan dalam membaca. Setiap Huruf(Ayat) kini adalah PembolehUbah yang punya bebanan numerikal. Apresiasi maksud Al-Jabbar = algerbra 

2. Maknanya setiap ayat itu mesti tertakluk kepada Aritmetikal Value dan seterusnya Hukum Logarithma. Allama dan Qalam punya persamaaan pada ayat LAMMIM; dan beza antara keduanya ialah AINLAM dan QAF. 

::AINLAM+QAF= Alaq [AinLAMQAF} Khalaqa dan Khuluq(in) punya ayat sama KHA+LAM+QAF = KhaLAMQAF. 

Beza Khalaqa/Khuluq dan Alaq ialah KHA dan AIN. Beza antara 'Allama dan Alaq ialah ialah LAMMIM dan QAF. 

Dan beza antara Qalam dan Alaq ialah MIM dan AIN serta beza susunan pada kolum: Susunan Wazan Fa+'A+La mestilah pada konsep Thaif(tawaf) iaitu gerakan kiri ke kanan. 

Fa=1; 'Ain=2; Lam=3. 

Beza Qalam dan Alaq ialah pada Qalam; 

Qaf=1; Lam=2; dan pada 'Alaq; 
Qaf=3; Lam=2 

[kita tangguh huraian numerical logic ini dahulu]

Ma Lam Ya' Lam; Apa Yang Kamu Jangan (cuba-cuba nak) Tahu...

Ma Lam Ya' Lam; Apa Yang Kamu Jangan (cuba-cuba nak) Tahu... 

Lam - Kita ambil maknanya sebagai Jangan. Lam ialah Lam dan Mim. Lam itu penghubung manakala Mim itu mati atau memutuskan hubungan. Jika La maka (bagai ada ruang) untuk boleh lagi. Andai maknanya kita ambil sebagai Tidak ianya membawa maksud "Tidak sama sekali". Tiada lagi ruang untuk tahu. Namun "Lan" sudah pasti ianya mandatori langsung tak boleh dapat tau langsung bila-bila pun. 

Saya pilih makna Lam sebelum Ya'lam itu sebagai "Jangan cuba ambil tahu atau Tidak sama sekali akan dapat tahu (dalam periode di dunia)." 

Akan tetapi; akan ada peluang untuk tahu juga atau diilmukan untuk tahu bila berada di Periode Akhirat nanti. Dalam ayat-5 Surah Al Qalam telah diberikan "Clue" kepada "Puzzle" ini iaitu "Yubsirun". 

Ianya ialah Ba Shad Ra. Itulah kualiti yang Allah berikan kepada manusia iaitu Ba Shad Ra atau melihat. Melihatlah kita sebagai seorang manusia melihat. Jangan cuba menjadikan kita ini dewata untuk melihat sebagaimana konon khayalan seorang "dewata". 

Lantas siapakah di sini boleh melihat samada seseorang itu Sesat atau Dalam Hidayah Allah? Jangan sibukkan Sesat orang lain; sibukkan setiap saat tentang betapa masih Sesat diri kita ini. Kerana itu tegakkanlah As Solah kerana padanya kita Mesti membaca Ihdina As Siraath Al Mustaqiim. 

Sesat dalam konteks pembicaraan saya ialah sesat untuk menemui Jalan ke Syurga. Itulah yang Allah wahyukan dalam Surah Al Qalam itu. Lebih tepat istilah nya ialah Dhalla. Atau Dalam Surah Al Fatihah dengan kalimat As Dhaalliin....

Meneroka kandungan Surah Al Qalam 68:6-7

Ayat 6-7 Surah Al Qalam - Surah 64
68:6
Sahih International

Which of you is the afflicted [by a devil].

68:7
Sahih International

Indeed, your Lord is most knowing of who has gone astray from His way, and He is most knowing of the [rightly] guided.
1. Bi Ayyi Kum Al Maftun 
2. Inna RabbaKa - Hua A'lamu - Bi Man Dhalla - 'An SabiliHi 
3. Wa - Hua A'lamu - Bil Muhtadiin 

Ayyi (Alif Ya) - Dengan Alif to Ya (Nuance: A To Z) 
Kum - Kamu Semua Al Maftun - Mim Fa Ta - 
(Nuance: fata=fate; mim=em) (Nuance: empathy) 
literal: whose among you afflicted (with madness)
by way of extracting Ayaat: So, A to Z (By all); You! Empathy.. Being fated? 

Inna - Indeed, Verily Rabba Ka - Rabb Kamu Hua A'lamu - 
(1) Bi Man Dhalla 'An Sabilihi; (2) Bi Al Muhtadin 

Allah SAHAJA Yang Mengetahui Siapa 
(1) yang Sesat di JalanNya
(2) yang Berada Dalam Hidayah (diberikan olehNya Hidayah) 

Kita refleks kembali kepada 2 Makhluq yang melihat itu; 
iaitu (1) satubsiru (2) yubsirun pada ayat 5. 

Akan Nabi Muhammad diberikan melihat (Fasatubsiru) akan mereka yang diberikan melihat itu (Yubsirun). 

Yubsirun Bi Ayyi Kum Al Maftun. Kum dan Maftun adalah Jama' (plural) maka ianya responsif kepada Yubsirun

Jadilah: Mereka Yang Melihat (iaitu Kita) dengan MELIHAT / MEMERHATI / MEM"FEELING" / MERASAI kesemua fenomena (Surah Alaq 1-5) dan (Surah Al Qalam 1-4) 

Kita kan menjadi Empathy/Being fated. Kita menerima getaran gelombang Al Qur'an dan kita terkesan. 

Ingatlah: Di kalangan yang terkesan itu ada dua golongan : iaitu 
(1) Akan menjadi Sesat 
(2) Akan berada dalam Hidayah. 

Semua Allah Yang taqdirkan. 

Pengajarannya ialah: Jangan menjadi "Tuhan" untuk menghukum manusia. Orang itu sesat dan aku berada dalam Hidayah Allah. Kerana Allah sahaja yang mengetahuinya. Dia Yang menentukannya.

Apakah itu "negara Islam"?

Anda idamkan sebuah "negara Islam" dan berusaha untuk mewujudkannya. Sedangkan Kiyai Haji Ahmad Dahlan telah mempragmatikkan Al Qur'an sehingga terbentuk suatu wilayah quasi-ilmiah yang cukup autonominya dan kedudukannya yang tersendiri. Itulah Ormas Muhammadiyyah dan Aisyiah di Indonesia. Sila Google.

Ada riwayat yang menceritakan bahawa Ormas ini bermula dengan 3 ayat dajarkan oleh Pak Kiyai iaitu 3 ayat pertama Surah Al Maa'uun. Setelah usai kelas tarbiah ditanya beliau kepada para Jemaah; 

"Sudah fahamkah kalian?" 

Jemaah menjawab: "Kami sudah faham Pak Kiyai". 

Esoknya diajarkan Pak Kiyai subjek yang sama dan bertanya lagi Pak Kiyai; 

"Sudah fahamkah kalian?" 

Jemaah menjawab: "Kami sudah faham Pak Kiyai". 

Pak Kiyai respons kembali: "Kamu belum faham lagi!" Diulang-ulang Pak Kiyai dan diajarin yang sama sehingga 7 hari lamanya. Bila tanya sudah faham; jemaah menjawab sudah lalu dibalas Pak Kiyai bahawa mereka belum faham lagi. 

Sehingga mendatangkan amarah para jemaah: "Apa lagi yang kami belum faham?" 

Jawab Pak Kiyai tenang: "Lihatlah kamu di sekelilingmu; berapa banyakkah anak-anak Yatim yang terbiar; berapakah banyakkah orang-orang Miskin yang terlantar. Lalu apakah kamu itu pendusta Agama? 
(Rujuk maksud Ayat 1-3 Surah Al Maa'uun)

107:1
Sahih International
Have you seen the one who denies the Recompense?

107:2
Sahih International
For that is the one who drives away the orphan

107:3
Sahih International

                      And does not encourage the feeding of the poor. 

Bertitik tolak dari kesedaran ini perkumpulan manusia yang kecil ini jadilah seperti batu-batu kecil yang dicampakkan ke dalam kolam lalu menimbulkan riak-riak gelombang yang kecil; gelombang-gelombang kecil bertukar menjadi ombak-ombak kecil; ombak-ombak kecil bertukar menjadi gelora ombak; gelor ombak membuak-buak menjadi ombak besar; ombak besar bergelora bergumpal-gumpal; melantun melantan menjadilah ianya tsunami. 

Setelah seratus tahun perjalanan Da'wah Salafiyah di dalam Ormas Muhammadiyah dan Aisyiah maka kini hampir tiada bandar di Indonesia yang tiada Universiti; hampir setiap pekan; kampung dan desa adanya Sekolah dan Madrasah milik penuh Ormas ini. 

Momokan dogmatik

Banyak harapan kemanusiaan mahukan "negara Islam" ditubuhkan apabila sesuatu Parti Politik ditubuhkan. Ada banyak cerita pelbagai rasa, bermacam luahan, beribu keingingan dan bernafsu kemahuan mahu menggerak usaha Fi Sabilillah suci murni. Dalam masa yang sama, di era modernisasi abad yang penuh keluh kesah ini juga telah mencatat beberapa sejarah darah dan kematian.

Namun akhirnya perjuangan menjadi kabur di hujung senjata pemusnah. Tembakan peluru yang membunuh jiwa lalu siapakah yang mesti bertanggungjawab di atas kematian yang sendiri-sendiri membuat hukum bahawa si Mati di Medan Juang Fi Sabililah itu adalah para Syuhada'.

Terlalu banyak komplikasi yang berselirat antara kebenaran Al Haq dan ketahyulan buatan minda yang dikongkong keilmuan yang sangat cetek. Sehingga terkadang aqal yang waras memberontak marah membuat pertuduhan dan pengakuan dalam saling kepelbagaian.

Binalah Negara Bangsa

Akhirnya, mereka yang menyusun kaedah dan pendekatan pembinaan sebuah negara bangsa menjadi pilihan yang semakin tepat. Semakin benarnya usaha Sukarno dan kewujudan negara Indonesia. Semakin tepat aturan Tunku Abdul Rahman dengan negara bangsa Malaysia. Suatu kerberhasilan yang jua tetap ada pro dan kontra menurut idealisme yang diperjaungkan oleh masing-masing perkumpulan manusia.

Binalah Negara Bangsa! 7 kuasa 2: 7 + (3x2) - Surah Al Hujuraat (49) :13 dan bacalah Surah 13 Ar Ra'd ; ada 43 ayat semuanya. 13:43 atau 13: 30+13 7 + (3x2) : 3 (5x2) + [7 + (3x2)]; Bagi sebuah Negara Bangsa Yang dibina hendaklah ditegakkan ARABIan LEGISLATION @ Hukman Arabian. Rujuk - 13: 37 Arabian = Ain Ra Ba - maqsudnya/nuansanya Ilmu Rabb...

Thursday, December 12, 2013

Menela'ah Surah Al-Alaq - Apakah maksudnya Iqra'?

1. Pada persolan sebelumnya saya bertanya kerana Allah selalu bertanya kita apabila kita membaca KalamNYa. Pertanyaan akan membuatkan seseorang itu berfikir. Namun ada juga orang yang suka membuat kesimpulan kerana mengelak diri untuk terus berfikir. 

2. Di sinilah cabaran intelektualisme kepada manusia apakah dia masih An Naas atau sudah menjadi Al Insaan atau dia sudah menjadi Al Basyaar. Adapun secara umumnya manusia itu Al-Ins. 

3. Saya pernah melontarkan cabaran bahawa suatu formula Matematikal berkenaan The Perfect Number boleh diekstrak di dalam Surah An Nisaa'. 

4. Dan sekiranya Surah Fathiir kita hadamkan banyak lagi formula lanjutan Matematikal dapat kita ekstrakkan sekiranya kita mahu Meng+engineering+kan cara aqal kita bekerja. Pada ayat Poligami itu ramai Wanita merasa tertekan dan mendatangkan pelbagai alasan bahawa Poligami itu sebagai macam-macam; sedangkan di sanalah Formula The Perfect Number untuk kita memahami soal Al Qistun atau Nuansanya Graviti... 

Nota: Graviti pula boleh diertikan sebagai daya tarikan yang bertindak di antara zarah-zarah yang mempunyai jisim. Graviti menentukan berat sesuatu objek daripada jisimnya. Setakat ini, hukum graviti yang paling "berjaya" (tepat) ialah teori relativiti am (general relativity) oleh Albert Einstein. Walau bagaimanapun, Hukum Graviti Newton adalah lebih mudah dan cukup tepat untuk kebanyakan perkara, jadi ia lebih popular. 

5. Ma Anta Bi Ni'mati Rabbika Bi Majnun - Rungkaikan! 

 1. Ma Anta Bi Majnun - Tidaklah kamu di "magnestised"kan 

 2. Anta Bi Ni'mati Rabbika - Kamu (diperkuatkan dengan) Ni'mati Rabbika 

Anta Bi Ni'mati Rabbika (Wa BiZalika) Ma Anta Bi Majnun 

6. RNA kamu diperkuatkuasakan dengan elemen NUN AIN MIM; oleh sebab itu: Tidaklah (MIM+Alif) kamu boleh dimagnetisedkan.... 

7. Apa itu magnestised? 

Dalam Sains Mudah; Gegelung logam dan ditengahnya ialah besi (logam) . Jika ada aliran elektrik pada gegelung besi maka besi itu akan bertukar jadi magnet! 

8. Apa betul begitu? Sedemikianlah konsep pensihiran. Gangguan pada elemen gas dan logam di dalam badan akan menyebabkan kawalan bio-fizikal badan seseorang boleh ditentukan oleh pembuat angkara itu. 

9. Inilah yang disebut majnun atau diJinkan atau dalam makna maknawinya ialah Gila atau possesed atau dikuasai. Sedemikianlah pertuduhan yang dilemparkan kepada Nabi Muhhamad ketika beliau membaca Al Qur'an kepada manusia. 

10. Bacaan Al Qur'an itu ada suatu getaran elektromagnetik yang amat hebat berikutan ianya dibacakan oleh Nabi Muhammad sendiri; lagilah dirasai getaran elektro-magnetik itu. Lalu sang Quraisy jahat dan Bodoh itu terus terbongok dan mengatakan Muhammad sedang menyihirkan manusia. dan juga mengatakan vice versa; Muhammad telah disihirkan oleh kuasa Jahat dan bagai-bagai lagi.... 

11. Baru satu ayat sahaja.... Nun - Wal Qalam Wa Ma Yasthurun. Bacalah dua rangkap ini. Berkali-kali. Dan rasaikanlah getaran hebat dui dalam diri masing-masing.... 

12. Ini transliterasinya : Noon walqalami wama yasturoon. Pilih Tone suara yang baik dan zikirlah ia sebaiknya....... 

13. Wa Inna LaKa La Ajran Ghair Mamnun... 

(i) Dan INNA Bagi kamu La AJRAN "Ghair Mamnun"
(ii) Ajran adalah Suatu Bentuk Reward
(iii) Ajran masuk menjadi kalimat Melayu iaitu Ajaran. 
(iv) Ya ada sedikit beda maknawi namun Nuansanya sama. 

14. Kita kena rangkai ayat 3 ini dengan ayat 4 dahulu.... Wa INNA Ka La+'Ala Khuluq(in) Azhiim

(i) Suatu Khuluq (Penciptaan) Yang Azhiim (Besar) 
(ii) Ini khusus buat Nabi Muhammad. 
(iii) Dia ialah Mahkluq yang Ghair Mamnun dan Khuluq Azhiim. 

15. Anda mahu juga Ghair Mamnun? Nanti kita ulas tentang "Ghair Mamnun" ini bila ada kesempatan mengupas Surah At Tiin... 

16. Dan pada ayat ke-5 untuk kita fikir panjang-panjang - Fa SaTubsiru Wa Yubsiruun... 

(i) Jadi, Kamu AKAN Melihat dan Mereka Akan Melihat. 
(ii) Sudah dapatkah kita melihatnya? 

17. Sampai di sinilah dahulu - 5 ayat Surah Al 'Alaq dan 5 ayat Surah Al Qalam. Lalu saya suka untuk menyeru semua sahabat membaca kelima-lima ayat ini berulang-ulang. Mudah untuk menyebutnya kerana ia ayat-ayat Makkiyah. 

Nota:

1. Ya, ambillah set geometri dan lakarkan Nun. 
Apakah itu Nun ini? Tandakan satu titik (supaya menjadi pusat bulatan) dan lorekkan suatu semi bulatan atau kepanjangan ukurlilitnya boleh sahaja melebihi separuh. Boleh juga sehingga mendapat 300 darjah. Dan kiranya jejari yang anda tentukan ialah 7 apakah ukur lilitnya? Dapatkah formula 22/7? Itu Sunnatullah.... 

2. Perkongsian saya pada Ayat 1 hingga 5 Surah Al Alaq dan Surah Al Qalam bukanlah suatu Tafsir Al Qur'an jauh ianya sebagai suatu Rumusan padaTafsir Al Qur'an. Saya cuma berkongsi Kaedah Bagaimana Al Qur'an hendak dibaca dan untuk difahami garis bahasanya. Ada Buku Terjemahan Al Qur'an di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris bolehlah disaling beda banding dan elakkan kebergantungan sepenuhnya pada Teks Terjemahan kerana ianya adalah usaha terbaik para penterjemahah itu untuk menyatakan Maqsud Al Qur'an itu dalam Bahasa-bahasa tertentu. 

3. Perkongsian seorang ilmuan bahasa Dr Akmal Khuzairy; adalah seperti berikut: Dalam Quran untuk sebab2 kesantunan perkataan lughah tidak ada kerana rootnya ialah lagha..sesuatu yang lagho atau tidak berfaedah. Sebaliknya lisan digunakan. "Ayat" adalah homonym dalam semantics..perkataan yg punyai lebih satu maksud. Jadi, lisan boleh saja maksudnya spoken language dan tentunya "ayat" adalah satu bentuk semiotik atau simbol yang mana bahasa adalah terkandung di dalamnya. 

4. Nota tambahan: Semantik ialah kajian makna. Ia memberi tumpuan kepada hubungan antara signifiers, seperti kata-kata, frasa, tanda-tanda, simbol, dan apa yang mereka berdiri untuk, denotasi mereka. Semantik berbeza dengan sintaksis (Syntax), iaitu kajian Kombinatorik unit bahasa (tanpa merujuk kepada maksudnya), dan pragmatik, kajian hubungan antara simbol-simbol bahasa, makna mereka, dan pengguna bahasa. Dalam semantik 'perbendaharaan kata saintifik antarabangsa'; semantik juga dikenali sebagai semasiologi. Mudahnya, sintaksis bermaksud Nahu atau Tatabahasa.

Tuesday, December 10, 2013

Jauhilah belajar Ilmu Tariqat Yang Berkonsepkan Wahdatul/Wihdatul Wujud

1. Bagi yang masih kabur; fahamlah sekalian bahawa Ilmu Tariqat itu diasaskan oleh Fir'aun jauh sebelum keRasulan Nabi Muhammad. Pada kita Rasulullah ajarkan Ilmu Tauhid yang kita mestilah berpegang dariNya apa sahaja yang kita Aqidahkan. Tauhid itu ialah Ilmu Yang sungguh Mantiq. Menghidupkan Aqal kita supaya terus-teruskan berfikir dan mengolah bentuk pemikiran. 

2. Aqal manusia mestilah merungkai dan merangkai; mencakup dan membasyar kerana kita mestilah anjak faham diri ini bahawa asal kita ini An-Naas. AlJinnah dan An Naas lalu kita mesti tegak sebagai Al Insaan. Dan kekuatan An Nuur lalu hendaklah kita menjadi Al Basyaar. 

3. La Ilaha Illa Allah di sinilah bermula titik Ilmu dan segala apa jua sahaja. Dari Arasyh yang tinggi sehinggalah ke dasar bumi dan apa sahaja yang ada antara keduanya. Panduan nya ialah Qira'atul Qur'an. Dan sebelum kita terkuatfaham dalam Qiraah (membacalafaz) Al Qur'an kita mestilah Sabar. Dan banyakkan Sabar sehingga Aqal dan Hati boleh bekerja dengan Al Qist. Wujud imbangan setara kerasionalan yang membolehkan kita Membaca Al Qur'an dengan baik. 

4. Nabi Nuh, Hud, Salleh dan Ibrahim semua tiada berdepan dengan Musyrikin yang mengakui mereka itu Tuhan. Cuma Nabi Musa sahaja berhadapan sedemikian. Firaun mengakui dia adalah Tuhan. Tiada lain pastilah Konsepnya ialah Wihdatul Wujud. Selepas periode ini berlaku kisah-kisah MemperTuhankan manusia. Lihat 79:24 An Naziiat apa yang Fir'aun katakan: Ana Rabbukumul A'la.

Sebagai Perbandingan:-
1. 79:24 Surah AnNazi'at
79:24
Fir'aun menyebut dirinya Rabb

2. 20:63 Surah Tha-Ha
20:63
Istilah THARIQAT(UKUM) digunakan bagi maksud "Agama" Fir'aun

3. 4:168/168 Surah An-Nisaa'
4:168
4:169
Istilah THARIQ merujuk kepada maksud yang negatif.

4. 2:138 / 25:43

Bismillah untuk Qaf kan Ra

Pada Surah Al-'Alaq; Surah Ke-96; ianya bermula dengan sebutan Iqra'. Makna teknikalnya dalam Bahasa Melayu ialah Bacalah. Namun kita harus lebih kritikal untuk melihat lebih jauh. Lihatlah huruf-hurufnya atau AYAT - Alif Qaf Ra Alif. 

Di kemuliaan malam-malam yang Qudus di sepertiganya hatta waktu-waktu Ashar; kejutkan diri yang sedang berMudatssir dalam selimut dan sedang berMuzammil dalam sedap bantal kerana hujan malam mendinginkan tilam untuk para Virus dan ummat bakteria Setani dalam sel-sel badan menjadi Kusaala malasan untuk bangkit bangun. Bacalah dengan format Aqra'a setiap huruf-huruf yang berbaris itu sehingga huruf-huruf itu menjadi Ayat-ayat yang tersusun untuk mencerna neuron-neuron saraf di Serebrum dan Serebelium Otaki. 

Listrik gelombang elektromagnetik yang terhasil dari Bunyi atau As-Shoutun (Tone) kesan Ayat-ayat Al Qur'an yang kita Iqra'kan itu akan tawafkan semua elektron ikut lawan jam menggetarkan setiap Furuthon-furuthon badani terus menyantun hati atau Qalbun dalam gegendang telinga bergetar listrikkan tenaga masuk ke dalam Medula Oblongata atau Madkhul yang berGerbang bentuk Oblong itu; lalu tertayanglah di atas layar minda kita setiap butir Ayat-ayat yang kita Iqra' tadi. Iqra'. Iq kan Ra. Akan Ra di minda. 

Dibabakkan semua Ribbonucleic. Alif Qaf Ra Alif (hamzah). Ba Sim+Mim Ra+Ba+Ka. Mahu kereta bergerak pastikan di"ignite"kan enjinnya. Ribbonucleic (RNA) dalam setiap 46 butir kromosom dalam ribuan sel-sel badan mestilah dibabakkan agar tertayanglah ceritanya di latar dunia fana' ini dirimu itu. Mahu Ba kan ianya mestilah di"ignite' dulu. Qarr!kan ia. Iqra'! Dan kuncinya ialah BismiRabbika. Ayat-ayatkanlah di Surah Al Fatihah. BismillahirRahmanirRahim. Ba Semua Alif Lam Lam Ha. Dengan namamu Allah; ismu+Ka Ar Rahman, ismu+Ka ArRahiim. Ignite! Lalu Qarr semua sel-sel dengan tugas masing-masing menurut RNA di setiap 46 butir kromosom sel itu. 

Bismi Rabbika Al-Lazi Khalaq. Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan Ribonucliec Acid (RNA) dan Deoxyribonucliec Acid (DNA) dan 46 kromosom dalam kefahaman di surah 46 Al Ahqaaf. Deoxy atau Ad-Dukhan adalah kefahamannya pada Surah 44 yang mana ditolak dua kromosm penentuan jantina XX dan XY; ianya adalah 44 catatan semua rekod-rekod siapakah kita ini yang diNukhliqkan oleh Rabb. Itulah Ribonucleic. 

Dukhan+Rabb+Nukhliq+Assyiddah atau Deoxyribonucliec Acid (DNA) di+aJinnatkan tatkala kita dalam Rahim. DNA merekodkan maklumat Genetik @ Jinnat. Kan terangkailah ketiga-tiga Jin@Gen iaitu atom gas hidrogen, oksigen dan nitrogen. 

Khalaqal Insaana Min Alaq? AIN+LAM+QAF 
96:2

Soalan: Kenapa ada dua kali disebut Iqra'? Ada dua kali disebut Khalaq? Ada dua kali disebut Allama? Dan yang terpenting ada dua kali RabbiKa/RabbuKa disebut DAN ada dua kali Al Insaan? 
96:3
Ada Kha Lam Qaf 
Ada Ain Lam Qaf 
Ada Ain Lam Mim 
Ada Qaf Lam Mim 
96:4
Nota : Akram bermaksud : Nuance:Cromosom
96:5
Apakah maksud: Allama Al Insaana MA Lam Ya'Lam? 
Apa itu Lam Ya' Lam?

Monday, December 9, 2013

Bismillah - Apakah itu Bismillah?

Salam. Pada entri yang lepas. Kita berhenti pada ayat 5:6 atau 3+2:3x2. Itu ayat tentang protokol berWudhu' atau membersihkan diri. Ini sangat penting. Kerana kita perlu lakuakn apa jua Isti'azah atau usaha menjauhkan Syaithan daripada diri kita. 

Buang cara berfikir tahyul. Syaithan itu bukanlah hantu jembalang tetapi ianya adalah benda-benda yang jahat dan rosak serta merosakkan pada sistem badan kita. Contohnya, Virus; bukan semua Virus itu jahat akan tetapi ada virus-virus yang jahat dan merosakkan sistem imunisi badan. Itulah dia Syaithan. Apa lagi? bahan-bahan toksid, kumuhan yang kita buang juga adalah Syaithan. Pendek kata bahan-bahan atau objek-objek yang sudah "Shutted" macam "Shit" atau tahi...

Kebersihan diri akan membawa kepada kebersihan akal atau brain. Ini penting kerana neuron-neuron atau sel saraf otak perlu bekerja dngan baik untuk memahami subjek awal kita iaitu mengenali Huruf-huruf di dalam Al Qur'an.

Alif Lam Mim. Itulah yang kita mesti bacakan di awal Surah 2:Al Baqarah yang mengandungi 286 ayat. Apa itu 286? Ia adalah 22 x 13. ianya juga 2(11) x (10+3). Ianya juga 2(10+1) x [(5x2)+3] atau [2(2*5+1)] x 2*5+3. 22 ialah ukurlilit lekungan suatu separa bulatan sekiranya jejari bulatan itu 7. Formula pai iaitu 22/7 mesti digunakan dalam mencari nilai sesuatu kepanjangan/luas/isipadu sesuatu bulatan atau sfera. 13 ialah rukun Solat dan juga dalam Teorem Pitagoras; 13 ialah panjang suatu satah condong sekiranya panjang sisinya ialah 12 dan 5. Demikianlah cara kita bersujud di mana ianya mesti berkongruen seperti di atas. Manakala bentuk segitiga yang dibentuk oleh bahagian kaki kita berkongruen 3:4:5. Di mana 5 pula ialah satah condong. Ada banyak lagi rungkaian numerikal yang membolehkan kita memhami banyak soal kehidupan ini.

Bismillah maksud literalnya ialah Dengan Nama Allah. Bi Ismi Allah. Nabi Adam dijarkan oleh Allah Al Asmaa' iaitu Jama'(plural) kepada Ism(un). Bacalah ayat 31 Surah Al Baqarah ini.


2:31

Jika diambil pendapat yang mengatakan Bismillahir Rahmanir Rahim adalah ayat pertama Surah Al Fatihah, maka Al Qur'an secara Al Kitab bermula dengan huruf BA; jika sebaliknya maka huruf Alif menjadi pemulanya. Jika dirujuk Surah 96 maka Alif juga mengawalinya. Apa pentingnya huruf mana yang memulakan Al Qur'an? Semua perkara pasti ada ta'wilnya.

1:1Lihat kemabil imej Ayat pertama Surah Al Fatihah ini. Ingat Alif Lam Mim. Nampak? Alif=3, Lam=2, Mim=3. Lihat RA ada 2. Lihat HA ada 2. Ada 1 Lam-lam. Ada satu Ba, Sin, Haa dan Ya. Ketiga-tiga Alif di"mim"kan sebutannya; dan ada 2 alif yang tersembunyi. Ada 2 tanda syaddah/sabdu. Ada 4 tanda fathah. Ada 6 tanda kasrah. Ada satu tanda fathah 2 harkat. Ada 2 tanda sukun. Ini adalah ayat 1:1.

Ada kalimat Ism(i); Allah, AlRahman, AlRahim. 4 Isim(nouns) dan satu huruf iaitu Ba(sebutan Bi). Pastilah ketiga-tiga Kalimat ismun itu diajar kepada Nabi Adam dalam 2:31. Bandingkan dengan 96:1
96:1
Lihat lama-lama dan baca berkali-kali. Pasti dipermudahkan oleh Allah.

Kita sambung lagi Insha Allah.

Sunday, December 8, 2013

Bismillahir Rahmanir Rahim

Lupakan soal polemik tentang samada ianya sebahagian ayat Al Qur'an atau tidak; namun pada Surah An Naml; Surah 27 :30 ianya adalah sebahagian daripada potongan ayat tersebut:

27:30
Saya menolak sistem numerikal abjad yang menyama ertikan nilai numerikal pada Bismillahir Rahmanir Rahim sebagai 786. Saya suka untuk melihat susunan numerikal ayat-ayat Al Qur'an sebagai suatu guidline untuk kita mencari sesuatu petunjuk tentang nak memahami Al Qur'an. Sebagai contoh; Surah 27:30 boleh dibaca sebagai 3 kuasa 3: 3[2(2+3)]. Jadi kita nampak di sana ada kata kunci pada 3 dan juga pada 2 dan juga pada 2+3 atau 5. 

Ya, ketiga-tiganya adalah nombor Perdana awalan dalam susunan numerikal yang membolehkan untuk kita mendapatkan The Perfect Number. Jadinya; N=2,3,5.

2 adalah Syahadatain. 3 adalah trideminsional thinking. 5 ialah Jumlah Solat seharian sebagai Kitaban Mauquta. Juga 2(2+3) iaitu 10 adalah suatu Logarthma 10 yang kita gunakan sebagai Suistem Metrik kini. 30 ialah Jumlah Juzuk dalam Al Qur'an. 

Juga kita boleh ambil petunjuk pada Surah 2, 3 dan 5 sebagai nak memahami maksud Bismillahir Rahmanir Rahim. Pada Surah 2 dan 3 kedua-duanya dimulakan dengan Alif Lam Mim. 

Dalam Surah 5: Surah Al Ma'idah pada ayat 5:6 dipersembahkan kepada kita Protokol dan membersihkan diri daripada hadas:
5:6
Banyak lagi kunci-kunci awalan yang perlu kepada kita untuk memhami Bismillahir Rahmanir Rahim. Kita bersambung di lain masa. Insha Allah.

Sekolah Orang-orang Yang Buta Huruf-huruf Al Qur'an

Salam budiman. Bersyukur ke hadrat Illahi Rabbi. Saya bagus berblog untuk meneruskan penulisan tentang Sekolah Orang-orang Buta Huruf Al Qur'an ini. 

Ya, aku tersangatlah buta huruf dalam mengenali Ayat-ayat Al Qur'an. Ada 28 ayat kesemuanya ialah Huruf-huruf Hija'iyah Alif hingga Ya. Juga ada dua huruf yang sebenarnya berbentuk beza rupa sahaja namun masih di dalam senarai 28 huruf-huruf tadi. Iaitu Huruf Alif Maqsurah dan Ta Marbutah.

Apakah itu 28? Ianya adalah Second Perfect Number dalam Ilmu Matematik. Bagi anda merasa betapa dahaganya Ilmu ini bolehlah rujuk maklumat am tentang apakah itu Perfect Number di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Perfect_number. Dan apa kaitannya dalam memahami Al Qur'an?

Ya, saudaraku. Al Qur'an ini disusun sehaluan dengan Ilmu Matematika. Ilmu itu datangnya daripada Allah SWT. Bukan rekaan manusia. Kerana kaitan Logical Knowledge antara Susunan Ilmu Al Qur'an dengan Ilmu Matematik maka tiada apa lagi perbahasan yang sesiapapun boleh bangkitkan tentang betapa WahyuNya kesemua Kalam Allah ini.

Tak kiralah siapa anda, apa agama anda atau pun apa Kitab yang anda rujuk buat pedoman. Anda akan dapat melihat betapa Ketinggian Keilmuan Al Qu'an ini suatu yang 'Ajaba. Atau bahasa mudahnya sangat ajaib. 

Dalam melakar tulisan di Facebook saya telah menghuurai beberapa perkongsian ilmu bermula Dari Surah Al-Alaq iaitu Surah yang 96 dan 4 Surah-surah yang lain sehinggalah kepada Surah Al-Masad iaitu Surah yang ke -111. Maka, saya akan lanjutkan penulisan di blog yang sangat saya sayang ini sebagai suatu lagi bentuk perkongsian untuk kita sama-sama bincangkan. Moga akan adanya Rahmat Allah dan Segala MardhatillahNya.