Thursday, December 12, 2013

Menela'ah Surah Al-Alaq - Apakah maksudnya Iqra'?

1. Pada persolan sebelumnya saya bertanya kerana Allah selalu bertanya kita apabila kita membaca KalamNYa. Pertanyaan akan membuatkan seseorang itu berfikir. Namun ada juga orang yang suka membuat kesimpulan kerana mengelak diri untuk terus berfikir. 

2. Di sinilah cabaran intelektualisme kepada manusia apakah dia masih An Naas atau sudah menjadi Al Insaan atau dia sudah menjadi Al Basyaar. Adapun secara umumnya manusia itu Al-Ins. 

3. Saya pernah melontarkan cabaran bahawa suatu formula Matematikal berkenaan The Perfect Number boleh diekstrak di dalam Surah An Nisaa'. 

4. Dan sekiranya Surah Fathiir kita hadamkan banyak lagi formula lanjutan Matematikal dapat kita ekstrakkan sekiranya kita mahu Meng+engineering+kan cara aqal kita bekerja. Pada ayat Poligami itu ramai Wanita merasa tertekan dan mendatangkan pelbagai alasan bahawa Poligami itu sebagai macam-macam; sedangkan di sanalah Formula The Perfect Number untuk kita memahami soal Al Qistun atau Nuansanya Graviti... 

Nota: Graviti pula boleh diertikan sebagai daya tarikan yang bertindak di antara zarah-zarah yang mempunyai jisim. Graviti menentukan berat sesuatu objek daripada jisimnya. Setakat ini, hukum graviti yang paling "berjaya" (tepat) ialah teori relativiti am (general relativity) oleh Albert Einstein. Walau bagaimanapun, Hukum Graviti Newton adalah lebih mudah dan cukup tepat untuk kebanyakan perkara, jadi ia lebih popular. 

5. Ma Anta Bi Ni'mati Rabbika Bi Majnun - Rungkaikan! 

 1. Ma Anta Bi Majnun - Tidaklah kamu di "magnestised"kan 

 2. Anta Bi Ni'mati Rabbika - Kamu (diperkuatkan dengan) Ni'mati Rabbika 

Anta Bi Ni'mati Rabbika (Wa BiZalika) Ma Anta Bi Majnun 

6. RNA kamu diperkuatkuasakan dengan elemen NUN AIN MIM; oleh sebab itu: Tidaklah (MIM+Alif) kamu boleh dimagnetisedkan.... 

7. Apa itu magnestised? 

Dalam Sains Mudah; Gegelung logam dan ditengahnya ialah besi (logam) . Jika ada aliran elektrik pada gegelung besi maka besi itu akan bertukar jadi magnet! 

8. Apa betul begitu? Sedemikianlah konsep pensihiran. Gangguan pada elemen gas dan logam di dalam badan akan menyebabkan kawalan bio-fizikal badan seseorang boleh ditentukan oleh pembuat angkara itu. 

9. Inilah yang disebut majnun atau diJinkan atau dalam makna maknawinya ialah Gila atau possesed atau dikuasai. Sedemikianlah pertuduhan yang dilemparkan kepada Nabi Muhhamad ketika beliau membaca Al Qur'an kepada manusia. 

10. Bacaan Al Qur'an itu ada suatu getaran elektromagnetik yang amat hebat berikutan ianya dibacakan oleh Nabi Muhammad sendiri; lagilah dirasai getaran elektro-magnetik itu. Lalu sang Quraisy jahat dan Bodoh itu terus terbongok dan mengatakan Muhammad sedang menyihirkan manusia. dan juga mengatakan vice versa; Muhammad telah disihirkan oleh kuasa Jahat dan bagai-bagai lagi.... 

11. Baru satu ayat sahaja.... Nun - Wal Qalam Wa Ma Yasthurun. Bacalah dua rangkap ini. Berkali-kali. Dan rasaikanlah getaran hebat dui dalam diri masing-masing.... 

12. Ini transliterasinya : Noon walqalami wama yasturoon. Pilih Tone suara yang baik dan zikirlah ia sebaiknya....... 

13. Wa Inna LaKa La Ajran Ghair Mamnun... 

(i) Dan INNA Bagi kamu La AJRAN "Ghair Mamnun"
(ii) Ajran adalah Suatu Bentuk Reward
(iii) Ajran masuk menjadi kalimat Melayu iaitu Ajaran. 
(iv) Ya ada sedikit beda maknawi namun Nuansanya sama. 

14. Kita kena rangkai ayat 3 ini dengan ayat 4 dahulu.... Wa INNA Ka La+'Ala Khuluq(in) Azhiim

(i) Suatu Khuluq (Penciptaan) Yang Azhiim (Besar) 
(ii) Ini khusus buat Nabi Muhammad. 
(iii) Dia ialah Mahkluq yang Ghair Mamnun dan Khuluq Azhiim. 

15. Anda mahu juga Ghair Mamnun? Nanti kita ulas tentang "Ghair Mamnun" ini bila ada kesempatan mengupas Surah At Tiin... 

16. Dan pada ayat ke-5 untuk kita fikir panjang-panjang - Fa SaTubsiru Wa Yubsiruun... 

(i) Jadi, Kamu AKAN Melihat dan Mereka Akan Melihat. 
(ii) Sudah dapatkah kita melihatnya? 

17. Sampai di sinilah dahulu - 5 ayat Surah Al 'Alaq dan 5 ayat Surah Al Qalam. Lalu saya suka untuk menyeru semua sahabat membaca kelima-lima ayat ini berulang-ulang. Mudah untuk menyebutnya kerana ia ayat-ayat Makkiyah. 

Nota:

1. Ya, ambillah set geometri dan lakarkan Nun. 
Apakah itu Nun ini? Tandakan satu titik (supaya menjadi pusat bulatan) dan lorekkan suatu semi bulatan atau kepanjangan ukurlilitnya boleh sahaja melebihi separuh. Boleh juga sehingga mendapat 300 darjah. Dan kiranya jejari yang anda tentukan ialah 7 apakah ukur lilitnya? Dapatkah formula 22/7? Itu Sunnatullah.... 

2. Perkongsian saya pada Ayat 1 hingga 5 Surah Al Alaq dan Surah Al Qalam bukanlah suatu Tafsir Al Qur'an jauh ianya sebagai suatu Rumusan padaTafsir Al Qur'an. Saya cuma berkongsi Kaedah Bagaimana Al Qur'an hendak dibaca dan untuk difahami garis bahasanya. Ada Buku Terjemahan Al Qur'an di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris bolehlah disaling beda banding dan elakkan kebergantungan sepenuhnya pada Teks Terjemahan kerana ianya adalah usaha terbaik para penterjemahah itu untuk menyatakan Maqsud Al Qur'an itu dalam Bahasa-bahasa tertentu. 

3. Perkongsian seorang ilmuan bahasa Dr Akmal Khuzairy; adalah seperti berikut: Dalam Quran untuk sebab2 kesantunan perkataan lughah tidak ada kerana rootnya ialah lagha..sesuatu yang lagho atau tidak berfaedah. Sebaliknya lisan digunakan. "Ayat" adalah homonym dalam semantics..perkataan yg punyai lebih satu maksud. Jadi, lisan boleh saja maksudnya spoken language dan tentunya "ayat" adalah satu bentuk semiotik atau simbol yang mana bahasa adalah terkandung di dalamnya. 

4. Nota tambahan: Semantik ialah kajian makna. Ia memberi tumpuan kepada hubungan antara signifiers, seperti kata-kata, frasa, tanda-tanda, simbol, dan apa yang mereka berdiri untuk, denotasi mereka. Semantik berbeza dengan sintaksis (Syntax), iaitu kajian Kombinatorik unit bahasa (tanpa merujuk kepada maksudnya), dan pragmatik, kajian hubungan antara simbol-simbol bahasa, makna mereka, dan pengguna bahasa. Dalam semantik 'perbendaharaan kata saintifik antarabangsa'; semantik juga dikenali sebagai semasiologi. Mudahnya, sintaksis bermaksud Nahu atau Tatabahasa.

No comments:

Post a Comment