Monday, September 29, 2014

Keroncong Anwar Ibrahim

Prelude

Tengahari yang tidak begitu terik di Gerik meminta aku berhenti seketika di sebuah premis yang menyediakan perkhidmatan berSiber. Kusedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesainya Program Ziarah Karyawan Utara di Ulu Legong, Baling. 

Meskipun masih dipenati badani namun aku sudah berjanji kepada para pembaca untuk memulakan Siri Penulisan - Keroncong Anwar Ibrahim. Kutiada pilihan melainkan terpaksa juga melakar 2 atau 3 perenggan yang pertama. 

Soalnya? Kenapa aku mesti memilih untuk menulis tentang Anwar Ibrahim. Tiada lain hanya kerana beliau semakin dekat untuk menjadi pemimpin Nombor 1 dalam negara. Siapa yang katakan ini? Sungguh ramai sekali para OTAI yang berkongsi pandangan yang sama dengan hujah yang berbeda-beda.

Anda sudah tiada boleh menafikan barang pasti menjauhi kotak mungkin bahawasanya Pak Anwar Ibrahim sudah semakin hampir menjejaki kerusi nombor wahid itu. Anwar Ibrahim tiada bermimpi lagi meskipun congak Matematik ialah Rakyat Malaysia sudah 50 peratus menolak Anwar Ibrahim. Daripada 50 peratus itu 50 puluh peratus lagi sudah menolaknya. Justeru kenapa dikatakan Anwar akan berjaya menjadi Orang No. 1?

Rupanya untuk menjadi Orang No.1 tiada memerlukan sokongan 100 peratus rakyat. Cukup hanya 30 peratus sokongan sahaja akan tetapi ianya mestilah suatu sokongan yang sangat berkualiti.
Kini Anwar Ibrahim sudah ada 25 peratus sokongan. Hanya tingal 5 peratus cuma untuk beliau menjadi Orang Pertama Negara. Siapakah 5 peratus itu? Merekalah para seniman dan budayawan OTAI. Jika mereka bersama Anwar Ibrahim makanya kita akan dapat merasai suatu makna kemerdekaan yang lazat.

Prelude 1.1

Tidak perlu ada seorang pun harus merasa gelisah. Apalagi untuk berduka lara. Lebih-lebih lagi anda pun bukannya seorang ahli politik. Jika ahli politik pun apakah level keahlipolitikan anda? Urusan Cawangan sahaja? Peringkat Bahagian? Budak suruhan politik?

Bagus sahaja kita membaca dan meneliti persembahan politik yang mana watak cerita itu dilakonkan oleh para pemain politik.

Anwar Ibrahim ini punya suatu watak yang di namai LIKE Factor. Orang yang membenci beliau akan segera bertukar jadi sayang dan cinta kepadanya bila mata bertentangan mata.

Jika wanita bubuhlah berapa sahaja usia mereka pasti akan tertegun melihat Anwar Ibrahim. Ramai yang pasang angan mahu menjadi kekasih Anwar Ibrahim. Sudah pastilah beruntungnya menjadi pewatakan seperti namanya. Seorang yang punya kebal jiwa dan tebal telinganya. 

Justeru Wan Azizah pasti mesti jadi lebih kuat dan professional. Terkadang bila ada sahaja wanita yang menelefon Anwar Ibrahim di tengah malam pun ianya adalah urusan kerja. Wan Azizah tak usah lekas segera cemburu. Kerana Anwar ini bukan sembarangan manusia. Dia sangat istimewa. Tadi kita bicara tentang ketajaman matanya bila memandang. Namun suara pula bila berbicara..... Wah! Sangat amat mempengaruhi orang-orang yang mahu mendengar.

Prelude 2.0

Semua tahu Napoleon Bonaparte, Adolf Hitler, Sukarno dan beberapa nama besar pembina Empayar adalah Sang Pencinta Wanita. Maka kehenseman Anwar Ibrahim tak terelakkan dirinya menjadi yang satu itu. Dia meminta seorang Wanita yang gariskasarnya tiadalah cantik dan anggun namun pada zahirnya terpancar sosok wajah keibuan. Itulah yang dinamai sebagai The Mother Face. Seorang doktor mata anak kepada seorang Pakar Strategi di zaman itu sudah pasti seorang yang sangat pemalu. Beliau pastinya sangat memilih siapakah yang sudi menjadi teman hidupnya.

Gadis berwajah Sino ini pasti mementingkan karakter lelaki pilihannya. Dan sudah pastilah Mother-Faced seperi Wan Azizah sangat memilih. Kehebatan Anwar Ibrahim ialah bilamana dia berjaya menawan hati seorang professional wanita barangkali kerana sikap gentleman yang ada pada Anwar Ibrahim. Juga sedikit riak menggoda dan oratan Anwar yang pastinya punya bisa. Ketajaman mata Anwar Ibrahim bila memandang juga bisa membuat jiwa seorang wanita jadi luluh.

Si Anwar ini boleh petik jarinya dan 10 orang gadis tercantik menarik da bomb boleh datang kepadanya. Dan kau mahu cerita apa? Hodohlah orang yang mengukir fitnah China Doll itu. Namun sepastinya pencerita China Doll itu adalah peminat tegar yang sedemikian.

Bercakap soal Cintanya; Anwar berjuang mendapatkan Cintanya. Dia sanggup melawan arus berkahwin jauh berWalikan Hakim hanya kerana dia tahu dia mesti mendapatkan Cintanya. Jika seorang menusia berjuang sehabis mati memenangi Cintanya pastinya soal lain itu menjadi kerja yang paling enteng. Hidupkah kamu jika Cintamu menjadi abu di bawa arus sungai ke lautan sepi. Lihat wajah kekasih masing-masing. Adakah kalian sudah berjuang memenangi Cinta Hati keksaihmu? Atau sudah kehabisan gula Cinta itu dan kau mula mencari makanan di luar sana.

Prelude 2.1

Pastikah aku bahawa isteriku sanggup bergelumang susah payah sekiranya aku dipenjara. Pastikah aku isteriku bersedia menerima aku terus sekiranya aku dilambung fitnah dan tohmah bersama wanita dan jejaka sang peliwat?

Aku sangat membenci sang penutuh wanita secara haram masih berani berkata yang buruk tentang Anwar Ibrahim. Mereka itu jenis manusia yang tiada tahu beza apakah makna bernikah dan berzina. Sudahlah bermuka-muka wahai manusia kiranya kamu itu adalah jenis manusia yang meniduri wanita secara haram tiada kira bulan sedang mengambang atau bulan sedang menyabit.

Tidak. Sama sekali tidak kepada Anwar Ibrahim. Isterinya punya kasih sayang yang sangat teguh sekuat besi yang menemboki antara puak yang baik dengan Ya'juj dan Ma'juj. Saya pertaruhkan kehebatan Isteri Anwar Ibrahim adalah sebahagian lagi episod kelangsungan perjuangannya. 

Sedangkan sahabat muda Anwar itu tak tahan sehingga beliau sanggup menceraikan Cintanya untuk menerima Cinta Baru yang kini menjadi Wanita yang paling kontroversi.

Anwar Ibrahim adalah seorang peneguh Cinta kepada seorang Wanita. Bersama gadis itu dia ambil menjadi isterinya dan seterusnya menjadi pengulit mimpi dan siulan lagu puisinya ketika di dalam Sel Berjeriji besi.

Lalu Wan Azizah mengulit sebahagian kata hatinya.... "Di balik jeriji kumelihat wajahmu cekal menghadapi. Tanpa rasa kaku tanpa takut engkau mencari erti hakiki..." Berlinanagan air mata si Wajah Ibu ini karena dia turut sama berjuang di dalam tubuh sekujur manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Apa sahaja dituruti. Menjadi pemimpin unggul menakhodai sebuah Kapal Besar Reformasi tiada sukar bagi Wan Azizah karena Cinta yang sudah dipatrikan oleh Anwar Ibrahim ke dalam tali hatinya amat kuat ikatannya. Seikat kemas, sekuat budi yang tangkas; Wan Azizah terus berani berdiri di hadapan berjuta Ummat.

Prelude 3.0

Siapa yang banyak menulis akan memenangi fakta. Siapa yang berhujah kembali kepada faktanya akan memenangi cerita dan kisahnya. Demikianlah apa yang diberitahu oleh sejarah. Sejarah tiada semestinya mencatatkan hal yang benar. Sejarah pula lebih gemar merakamkan hal yang paling popular.

Kita kini sudah keliru yang mana satukah sejarah atau hikayat atau mitos. Kesemuanya sudah punya taraf yang sama. Anwar Ibrahim punya banyak penulis yang merakamkan kisahnya. Akan tetapi adakah Anwar Ibrahim takut kepada penulis? Kerana penulis suka menulis hal dan perkara yang dia tidak suka.

Anwar tidak hairan jika anda menuliskan fitnah terhadap dirinya. Kerana fitnah itu samalah tarafnya seperti sampah. Sejarah akan membungkuskan sampah ke dalam tong ianya ditempatkan. Namun penulisan yang bukan fitnah adalah hal dan soal yang barangkali ditakuti oleh Anwar. Yang bukan fitnah ialah rasa jiwa yang dirakam oleh penulis sepanjang sejarahnya.

Ramai tahu apakah itu era moncah. Era 90an yang kaya raya dengan pelbagai pink form dan AP. Ramai juga pemain Forex di sana sini waktu itu. Ramai juga menjadi jutawan segera. Anwar sedang membangunkan IKDnya. Institut Kajian Dasar. Semua peminat Anwar nak menjadi seperti Anwar. Makan dan minum seperti Anwar. Bercakap dan berjalan seprti Anwar. Dan memakai cermin mata seperti Anwar pakai.

Naik Flight Business Class. Meskipun masih Student UIA. Ataupun baru graduate dari Universiti. Semuanya ada gaya dan ada style. Sudah pastilah Anwar lebih bergaya. Apatah lagi ketika itu dia adalah seorang Menteri Kewangan. Ramai orang suka mendengar Ucapan Bajet bila tiba masanya ianya akan diperucapkan. Masa ini negara kita "kaya". Kaya sebelum kita diuji dengan hebatnya pada 1998.

Prelude 4.0

Masih lemah sangat Rakyat Malaysia ini dalam soal Undang-undang. Apatah lagi mereka masih sangat keliru dalam soal Undang-undang bila disebutkan Undang-undang Sivil dan Undang-undang Jenayah. Mereka juga masih kelam kabur memahami makna istilah prosiding itu apa. Mereka fikir sebagai jelata mereka hanya "mahu mendakwa" dan tak faham soal pendakwaan itu tugas Negara.
Mereka masih lagi tak memahami maksud “Memerangi Yang Dipertuan Agong” walaupun sudah menaiki kereta Porsche dan Lamborgini. Wang yang banyak di dalam bank belum memastikan mereka sebagai seorang yang literate dengan soal perundangan. Walaupun sudah 3 penggal menjadi Ahli Parlimen!

Kerana itu sukar untuk umum memahami bahawa sesuatu Kes Jenayah itu hendaklah dibukti melampaui sesuatu keraguan munasabah. Beyond Reasonable Doubt. Bila sudah ada ragu tentang tarikhnya bila sekejap Jumaat sekejap Ahad maka itu sudah menjadi suatu Keraguan Yang Sangat Munasabah. Kesalahan Jenayah tak boleh lagi disabitkan. Setiap pembuktian mestilah dikoroborasikan oleh pelbagai lagi bukti-bukti yang menyokong kepada sesuatu perlakuan Jenayah itu. Bila tilam diusung sahaja sudah cukup untuk menunjukkan ianya adalah suatu jenaka yang nak dipertontonkan sahaja. Sengaja diatur demikian demi untuk menguji tahap kecerdasan aqal manusia di Malaysia ini.

Apakah yang Mahkamah Malaysia sudah buat? Apakah yang telah dibuat oleh Mahkamah Malaysia sejak 1987 atau lebih awal lagi? Apakah Westminster System Of Government boleh diamalkan di Malaysia? Apakah bidangkuasa Mahkamah sudah berada ditahap yang boleh menjadi pengimbang kepada Teori Pemisahan Kuasa Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman?

Tun Dr Mahathir ialah seorang Ahli Fizik. Ahli Fizik yang sangat memahami soal kenegaraan. Anwar Ibrahim pula Ahli Sastera. Ahli Sastera yang sangat memahami soal seni kenegaraan.

Sunday, September 28, 2014

Cerdek : Anwar dan Mahathir Dalam Sketsa Melayu Mudah Lupa

Cerdek (Cerpen Pendek)
Tajuk: Anwar dan Mahathir

Plot 1
Kisah ini tiada mengena dengan yang masih hidup. Suatu dialog di tepian Sungai Gombak.

Mahathir: Melayu mudah lupa
Anwar: Maka kerana itu kita perlu melakukan suatu reformasi
Mahathir: Reformasi? Maksud kamu, demonstrasi?
Anwar: Ya, betul. FRU. Tear Gas. Polis pukul rakyat.
Mahathir: Tidakkah ianya kejam!
Anwar: Justeru, apa pilihan yang kita ada lagi?
Mahathir: Takkan tak ada jalan lain lagi?
Anwar: Samada aku mati atau Reformasi. Kita ada dua pilihan sahaja.

Mahathir berfikir jauh. Jauh ke tengah-tengah sebuah Pulau Pandan. Di sana dia akan bertemu dengan Gunung Daik yang sudah bercabang tiga. Kerana Pandan itu telah menutupi satu lagi cabang Gunung Daik itu.

Plot 2
Jawapan untuk pembaca bila melihat nama watak di dalam kisah ini ada persamaan dengan yang masih hidup ianya hanyalah satu kebetulan sahaja. Dialog kini pula dalam LRT yang sedang melintasi Sungai Kelang.

Anwar: Kau tangkap aku, kau pukul aku dan kau masukkan ke dalam penjara
Mahathir: Apa salah kau sehinga aku kena masukkan kau ke dalam penjara?
Anwar: Tuduh rasuah....
Mahathir: Duit apa yang kau sebat?
Anwar: Aku bukan sebat duit. Aku cuma menyalahgunakan kuasa sahaja.
Mahathir: Ya, kau memang bijak. Aku akan aturkan polis itu bertemu kamu. Dan kau perintahkan dia untuk tangkap orang-orang itu. Kau pasti tahu siapa yang akan kau tangkap.
Anwar: Aku akan pengaruhi mereka supaya berada di pihak aku nanti. Pasti mereka akan setuju kerana mereka telah melihat aku sedang dizalimi.
Mahathir: Dan ada satu perkara lagi. Bilakah masanya untuk aku pecat kau?
Anwar: Kodnya ialah Melayu Mudah Lupa.
Mahathir: Kau memang bijak. Nah ini ada pil penahan sakit sekiranya kau ditumbuk nanti.
Anwar: Tuan Doktor lagi bijak.

Plot 3
LRT itu berhenti di Stesyen yang sungguh misteri. Suasananya gelap kerana stesyen itu berada di bawah tanah. Namun yang menjadikan ianya sesuatu yang pelik ialah nama Stesyen itu ialah Putrajaya.

Mahathir: Ayuh kita petik bunga Kemboja.
Anwar: Aku lebih menyukai Ros Cina.
Mahathir : Kau boleh memetiknya di taman sana.
Anwar: Aku tahu... Di Sungai Buloh bukan. Sel ini aku yang membinanya. Jadi aku telah persiapkan ianya sebaiknya buat diriku untuk merasai nikmat penjara.
Mahathir: Kau mesti merasainya dengan betul-betul rasa sebuah penjara. Penjara bermakna kau tak boleh lagi berbuat apa yang kau benar-benar suka.
Anwar: Aku suka berOrator. Jika di penjara tak guna segala macam nikmat yang ada jika aku tak boleh berorat.
Mahathir: Tak apa. Kau berehatlah dulu. Ingat pesanan ini. Melayu mudah lupa.

Buah cempedak memang sangat tidak di sangka-sangka kerana ianya telah menjadi nangka. Mahathir telah diugut dengan dahsyat oleh Mr.Moramora. Mr. Moramora menunjukkan kekuatan bala tenteranya. Memang Mahathir sangat bimbang dan resah. Di pejabatnya penuh dengan pelbagai wayar-wayar yang pelik. Di bawah tanah Putrajaya telah ditanamkan dengan Kabel-kabel Fibre Optik yang mana kawalannya secara Remote oleh Mr. Moramora.

Mahathir mesti menarik rambut dari tepung dengan Cermat. Pembunuh upahan tidak menjangka mereka sebenarnya lewat 25 minit. Inilah idea yang tercetus dengan tiba-tiba. Lewat 25 minit. Maka kelewatan ini telah menjadi suatu Kata Kunci.

Satu Cetra Tentang Bakar

Curhat ialah Curahan Hati. Oleh itu, Cetra pula ialah Cetusan Rasa

Membakar juga adalah suatu hobi. Ada manusia yang hobinya ialah membakar...

Ayuh kita saksikan suatu pembakaran. Anak kecil suka main dengan api. Bukan apa.... hanya untuk membakar hatinya yang sepi.

Airmatanya berdarah dan keringatnya mengalir kerana..... bumi yang dia pijak ini adalah milik orang.

Kerana itu bila dia sudah tiada lagi rumah untuk dia tinggal; maka dia hanya tahu satu perkara dan faham satu istilah. Jom Bakar!

Bakar memang punya banyak telahan. Semangat sering dipadankan dengan bakar. Apakah betul atau benar semangat mesti dibakar? Jika dibakarkan semangat itu nanti apakah semangat akan hilang atau terus bersemarak?

Tak apa jika ianya satu Cetra. Cetra tak perlu ditulis panjang-panjang.

Anak Sang Pengembara Yang Terus Mengembara

Demikianlah bapaku yang sudah pergi jauh mengembara ke Alam Yang Setiap seseorang yang akan pergi jua. Dia lahir pada tahun 1936 dan 36 tahun dia berdomisal di negara seberang, Indonesia. Dia nak kelahiran sana.

Selepas tahun 1973 maka bapaku  berhijrah ke Tanah Melayu dan berdomisal di negeri Perak. kerana itu menjadikan aku sebagai anak kelahiran Medan, Sumatra dan aku tiada pernah tahu bagaimana tempat itu yang mana aku dilahirkan. Aku cuma mengenali Taiping dan kemudiannya Ipoh dan setrusnya seluruh bumi Malaysia.

Ya, aku jua sukakan kembara. Menjadikan aku sang Pengembara yang suka merentasi pelbagai latar manusiawi. Tidak kira samada ianya bersendikan geo yang sama atau sebaliknya. 42 tahun merentasi hidup ini sengaja untuk mengesahkan bahawa aku adalah seorang Penulis. Sehingga aku sudah tiada mengerti apa-apa lagi selain menulis dan terus menulis.

Terkadang aku membikin bahasa yang puitis. Aku cuba menitipkan kalimat-kalaimat moden namun berbunga bhasanya. Ianya tidak ternampak terlalu klasik akan tetapi ianya klasik dalam kemodenan hidup ini.

Eh! Lupa pula kau ini. Aku bukannya menulis di Status Facebook lagi. Aku kini menulis di medan blogosfera. Tak boleh sangat pendek lagi. Sekurang-kurangnya mesti ada 7 perenggan. Sebagaimanan seorang penulis media yang lain. Aku mesti menghasilkan sekurang-kurang satu assignment dalam sehari.

Ada dua perenggan lagi termasuk perenggan ini untuk aku tamatkan penulisan di pagi Ahad ini sedangkan aku sudah tipis ide. Tak boleh pula aku menulis sampahan nanti diriku jua akan turut menjadi sampah. Selalunya bila menulis dan ide kita kurang maknanya kita sudah kurang membaca.

Akhirnya, aku mesti pula membaca dan membaca lagi. Benar sekali, ada banyak tugasan pembacan yang mesti saya bikin. Juga ada beberapa pengumpulan penulisan yang mesti aku buat. Hari ini celoteh aku adalah celotehku.

Bila jemu di Facebook maka ada yang suka berblogging

Sudah sempat saya menelusuri dunia blog suatu waktu dahulu. Kini rasanya lebih bermakna dan sangat tepat dan betul untuk kukembali bersarang di sini.

Kerana di sini lebih menjaminkan kesetiaan. Suka untuk manusia meragut kita dari apa yang kita sempat dan pernah ada.

Anwar Ibrahim sudah banyak merasa coklat warna merah yang rasanya pula masam dan kepahitan. Nah! kita ini apalah ujian yang menimpa kita. Tiada apa-apa pun.

Najib pula sudah benar-benar mahu berangkat pergi jauh-jauh. Masanya sudah tiba dan semakin dekat. Tak sampai sebulan lagi kata mereka.