Monday, January 4, 2010

Hari ini hari lahir Azizah

Hari ini adalah hari Azizah dilahirkan. Namanya Nurazizah Hanim. Anak sulungku. Aku sayang padanya. Demikianlah rasajiwa seorang bapa. Sesiapapun. Kembara menjejaki ayat ke 46 Surah Al Kahfi.


Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Allah serta lebih baik untuk menjadi harapan.


Sepertimana yang telah dikisahkan kepada kita tentang dua orang pekebun yang hebat. Seorang itu Mu'min dan seorang lagi Kafir. Mereka adalah pekebun anggur. Ya, anggur adalah bahan ekstrak yang boleh diproses menjadi arak. Dahlah anggur itupun sendirinya sedap. Juga boleh dijadikan kismis. Pastilah mereka berdua ini amat kaya orangnya.


Bukan sahaja anggur ditanam malah ada juga ditanam pohon kurma. Ada juga ladang-ladang yang lainnya. Ada pula sungai yang mengalir di tengah-tengah ladang yang besar itu. Sungguh subur ladang mereka yang menghasilkan buah-buah yang amat banyak dan ranum-ranum belaka.


Bingkisan kali ini akan disambung pada helaian yang berikutan.

1 comment:

  1. Selamat Hari Lahir istimewa untuk Nurazizah Hanim. Dan Tahniah juga kepada ibubapanya kerana telah membesarkannya dengan penuh kasih dan sayang :)

    dari :
    ogyaziz

    ReplyDelete