Thursday, June 9, 2011

Jika PR memerintah, semua orang boleh berzina kerana menurut mereka tuduhan berzina mesti dengan 4 saksi, jika tiada dihadirkan 4 saksi maka penuduh akan sabit Qazf

Persoalan ini antara lain boleh dirujuk kepada kajian kes Video Seks DSAI.

Kesalahan Jenayah - Zina
Penuduh - Datuk SK
Yang Dituduh - DSAI
Bagi sabitan Zina, beban pembuktian - Rakaman Video (Qarinah)
Jenis Hukuman - Ta'azir

Setelah video seks DSAI tersebuar luas di persada media nasional, isu ini menarik perhatian besar dua golongan penyokong parti politik pro Pakatan Rakyat (PR) dan BN.

Bagi pro PR mereka sering tegas dengan hujah berikut:-

1. Ini adalah kes mengaibkan seseorang dan berdosa
2. Video tersebut palsu dan semuanya adalah Fitnah Jahat BN
3. Datuk SK mesti dituduh melakukan Jenayah Qazaf kerana gagal kemukan 4 orang saksi.
4. Video Rakaman bukanlah Qarinah dan tak boleh dijadikan sebagai beban pembuktian bagi kesalahan Zina.

Bagi penyokong pro BN pula sering tegas dengan hujah berikut:-

1. Video Rakaman adalah Qarinah, maka hendaklah penyiasatan yang teliti dilakukan supaya beban pembuktian bagi kesalahan zina boleh diterima.
2. Kenyataan bersumpah Datuk SK yang meminta dirinya dilaknat sekiranya beliau bercakap bohong hendaklah diambil kira sebagai satu penyataan bersungguh bahawa dalam kenyataannya:-
Beliau ada di dalam Rakaman Video tersebut dan beliau menegaskan si pelaku zina dalam Video tersebut ialah DSAI.

Apakah itu kesalahan Zina? Di dalam Islam, Zina adalah satu Jarimah atau Jenayah dan terdapat hukum yang akan dikenakan bagi pesalahlakunya. Kesalahan Zina juga mempunyai kesalahan yang berakibat; di mana penuduh bagi kesalahan Zina (jika jenayah Zina tidak berlaku) akan disabitkan dengan Jenayah Qazaf.

Zina bermaksud:-
1. Seseorang lelaki memasukkan Zakarnya
2. Ke dalam Belahan atau Lubangan Manusia atau haiwan

Ada tiga kaedah beban pembuktian dalam Jarimah Zina

1. Secara Iqrar (Pengakuan)
2. Secara Persaksian Mata 4 orang lelaki yang Beriman
3. Secara Qarinah

Dalam semua kodifikasi undang-undang Jenayah Syariah di dunia ini (setelah diambil daripada Nas Al Qur'an & Al Hadith dan dibahaskan oleh pakar perundangan Islam zaman berzaman) menyatakan bahawa Video Rakaman juga adalah Qarinah dan boleh dijadikan sebagai beban pembuktian atau Bayyinah.

Pertuduhan Qazaf hanya akan bermula sekiranya Jenayah Zina gagal disabitkan.

Merujuk kepada kes Video DSAI dan setelah dirujuk kepada isu semasa, terdapat kecenderungan kepada pro PR untuk membuat kesimpulan sedemikian:

1. Rakaman Video tidak boleh dijadikan sebagai Qarinah
2. Beban Pembuktian secara 4 orang saksi mata orang beriman adalah satu-satunya beban pembuktian kepada Jarimah Zina
3. Penuduh Zina yang gagal kemukakan 4 orang saksi mata orang beriman hendaklah dipertuduhkan Qazaf (tanpa mengambil kira soal Qarinah dan Jenayah menurut tatacara Ta'azir)

Kesimpulannya, mereka secara tersiratnya telah menafikan kedudukan Qarinah dalam proses perundangan Mahkamah Syari'ah dan sekaligus menafikan kewujudan tatacara Ta'azir bagi mensabitkan Jarimah Zina.

Justeru penulis mempersoalkan dalam wall laman sosial facebook nya, jika PR memerintah Malaysia maka semua orang boleh berzina. Kerana takkan ada orang yang akan disabitkan bagi kesalahan berzina kerana satu-satunya beban pembuktian yang terpakai untuk kesalahan zina ialah 4 orang saksi mata lelaki yang beriman (menurut pro PR). Dan jika ada sesiapa yang yang menuduh barangsiapa melakukan Jarimah Zina, maka si penuduh akan dikenakan tuduhan qazaf kerana gagal mengemukakan 4 orang saksi mata lelaki (menurut pro PR).

Al Quran diturunkan kepada manusia untuk manusia berfikir dengan apa yang Allah kalamkan. Jika Allah menyatakan dalam KalamNya bahawa beban pembuktian Zina bagi hukuman Zina dalam bentuk Hudud adalah 4 orang saksi mata orang yang beriman; bermaksud Jarimah Zina yang dikenakan hukuman Hudud amat sukar sekali hendak disabitkan. Akan tetapi Jarimah Zina yang dihukumkan secara Ta'azir cukuplah sekadar qarinah yang tiada keraguan padanya.


Justeru, sekiranya jenayah Zina sudah disabitkan ke atas seseorang yang dituduh berzina, maka penuduhnya akan terbebas dari dipertuduhkan dengan Jenayah Qazaf.


Bagaimanapun, apabila diminta agar sesuatu Qarinah (Video Rakaman) disiasat secara Suruhanjaya DiRaja (sebagai satu cadangan cara penyiasatan), pihak pro PR terus menolak agar Qarinah tersebut disiasat. Mereka terus menolak agar siasatan dilaksanakan dan terus menghukum si penuduh Zina tersebut dengan jenayah Qazaf.


Bukan itu sahaja, malah mereka terus mengalihkan isu kepada soal mengaibkan manusia, dan persoalan jarimah Zina dibiarkan terselindung. Mereka menambah lagi bahawa penuduh Zina mesti dikenakan Qazaf kerana gagal mengemukakan 4 orang saksi mata orang beriman. Mereka menolak Qarinah dan menolak Ta'azir.


Qarinah sebagai beban pembuktian dalam Al Qur'an


Dalam kes, Nabi Yusuf a.s., beliau juga tidak terlepas dari menjadi mangsa pertuduhan Niat untuk melakukan Zina. Lalu, Qarinah dijadikan sebagai beban pembuktian dirinya dilepaskan daripada pertuduhan Niat untuk melakukan Zina. Tanda bajunya dikoyak dari belakang menunjukkan ada seseorang yang menarik dirinya untuk melakukan Zina. 

No comments:

Post a Comment