Saturday, December 21, 2013

Ma Lam Ya' Lam; Apa Yang Kamu Jangan (cuba-cuba nak) Tahu...

Ma Lam Ya' Lam; Apa Yang Kamu Jangan (cuba-cuba nak) Tahu... 

Lam - Kita ambil maknanya sebagai Jangan. Lam ialah Lam dan Mim. Lam itu penghubung manakala Mim itu mati atau memutuskan hubungan. Jika La maka (bagai ada ruang) untuk boleh lagi. Andai maknanya kita ambil sebagai Tidak ianya membawa maksud "Tidak sama sekali". Tiada lagi ruang untuk tahu. Namun "Lan" sudah pasti ianya mandatori langsung tak boleh dapat tau langsung bila-bila pun. 

Saya pilih makna Lam sebelum Ya'lam itu sebagai "Jangan cuba ambil tahu atau Tidak sama sekali akan dapat tahu (dalam periode di dunia)." 

Akan tetapi; akan ada peluang untuk tahu juga atau diilmukan untuk tahu bila berada di Periode Akhirat nanti. Dalam ayat-5 Surah Al Qalam telah diberikan "Clue" kepada "Puzzle" ini iaitu "Yubsirun". 

Ianya ialah Ba Shad Ra. Itulah kualiti yang Allah berikan kepada manusia iaitu Ba Shad Ra atau melihat. Melihatlah kita sebagai seorang manusia melihat. Jangan cuba menjadikan kita ini dewata untuk melihat sebagaimana konon khayalan seorang "dewata". 

Lantas siapakah di sini boleh melihat samada seseorang itu Sesat atau Dalam Hidayah Allah? Jangan sibukkan Sesat orang lain; sibukkan setiap saat tentang betapa masih Sesat diri kita ini. Kerana itu tegakkanlah As Solah kerana padanya kita Mesti membaca Ihdina As Siraath Al Mustaqiim. 

Sesat dalam konteks pembicaraan saya ialah sesat untuk menemui Jalan ke Syurga. Itulah yang Allah wahyukan dalam Surah Al Qalam itu. Lebih tepat istilah nya ialah Dhalla. Atau Dalam Surah Al Fatihah dengan kalimat As Dhaalliin....

No comments:

Post a Comment