Saturday, December 21, 2013

Apakah itu "negara Islam"?

Anda idamkan sebuah "negara Islam" dan berusaha untuk mewujudkannya. Sedangkan Kiyai Haji Ahmad Dahlan telah mempragmatikkan Al Qur'an sehingga terbentuk suatu wilayah quasi-ilmiah yang cukup autonominya dan kedudukannya yang tersendiri. Itulah Ormas Muhammadiyyah dan Aisyiah di Indonesia. Sila Google.

Ada riwayat yang menceritakan bahawa Ormas ini bermula dengan 3 ayat dajarkan oleh Pak Kiyai iaitu 3 ayat pertama Surah Al Maa'uun. Setelah usai kelas tarbiah ditanya beliau kepada para Jemaah; 

"Sudah fahamkah kalian?" 

Jemaah menjawab: "Kami sudah faham Pak Kiyai". 

Esoknya diajarkan Pak Kiyai subjek yang sama dan bertanya lagi Pak Kiyai; 

"Sudah fahamkah kalian?" 

Jemaah menjawab: "Kami sudah faham Pak Kiyai". 

Pak Kiyai respons kembali: "Kamu belum faham lagi!" Diulang-ulang Pak Kiyai dan diajarin yang sama sehingga 7 hari lamanya. Bila tanya sudah faham; jemaah menjawab sudah lalu dibalas Pak Kiyai bahawa mereka belum faham lagi. 

Sehingga mendatangkan amarah para jemaah: "Apa lagi yang kami belum faham?" 

Jawab Pak Kiyai tenang: "Lihatlah kamu di sekelilingmu; berapa banyakkah anak-anak Yatim yang terbiar; berapakah banyakkah orang-orang Miskin yang terlantar. Lalu apakah kamu itu pendusta Agama? 
(Rujuk maksud Ayat 1-3 Surah Al Maa'uun)

107:1
Sahih International
Have you seen the one who denies the Recompense?

107:2
Sahih International
For that is the one who drives away the orphan

107:3
Sahih International

                      And does not encourage the feeding of the poor. 

Bertitik tolak dari kesedaran ini perkumpulan manusia yang kecil ini jadilah seperti batu-batu kecil yang dicampakkan ke dalam kolam lalu menimbulkan riak-riak gelombang yang kecil; gelombang-gelombang kecil bertukar menjadi ombak-ombak kecil; ombak-ombak kecil bertukar menjadi gelora ombak; gelor ombak membuak-buak menjadi ombak besar; ombak besar bergelora bergumpal-gumpal; melantun melantan menjadilah ianya tsunami. 

Setelah seratus tahun perjalanan Da'wah Salafiyah di dalam Ormas Muhammadiyah dan Aisyiah maka kini hampir tiada bandar di Indonesia yang tiada Universiti; hampir setiap pekan; kampung dan desa adanya Sekolah dan Madrasah milik penuh Ormas ini. 

Momokan dogmatik

Banyak harapan kemanusiaan mahukan "negara Islam" ditubuhkan apabila sesuatu Parti Politik ditubuhkan. Ada banyak cerita pelbagai rasa, bermacam luahan, beribu keingingan dan bernafsu kemahuan mahu menggerak usaha Fi Sabilillah suci murni. Dalam masa yang sama, di era modernisasi abad yang penuh keluh kesah ini juga telah mencatat beberapa sejarah darah dan kematian.

Namun akhirnya perjuangan menjadi kabur di hujung senjata pemusnah. Tembakan peluru yang membunuh jiwa lalu siapakah yang mesti bertanggungjawab di atas kematian yang sendiri-sendiri membuat hukum bahawa si Mati di Medan Juang Fi Sabililah itu adalah para Syuhada'.

Terlalu banyak komplikasi yang berselirat antara kebenaran Al Haq dan ketahyulan buatan minda yang dikongkong keilmuan yang sangat cetek. Sehingga terkadang aqal yang waras memberontak marah membuat pertuduhan dan pengakuan dalam saling kepelbagaian.

Binalah Negara Bangsa

Akhirnya, mereka yang menyusun kaedah dan pendekatan pembinaan sebuah negara bangsa menjadi pilihan yang semakin tepat. Semakin benarnya usaha Sukarno dan kewujudan negara Indonesia. Semakin tepat aturan Tunku Abdul Rahman dengan negara bangsa Malaysia. Suatu kerberhasilan yang jua tetap ada pro dan kontra menurut idealisme yang diperjaungkan oleh masing-masing perkumpulan manusia.

Binalah Negara Bangsa! 7 kuasa 2: 7 + (3x2) - Surah Al Hujuraat (49) :13 dan bacalah Surah 13 Ar Ra'd ; ada 43 ayat semuanya. 13:43 atau 13: 30+13 7 + (3x2) : 3 (5x2) + [7 + (3x2)]; Bagi sebuah Negara Bangsa Yang dibina hendaklah ditegakkan ARABIan LEGISLATION @ Hukman Arabian. Rujuk - 13: 37 Arabian = Ain Ra Ba - maqsudnya/nuansanya Ilmu Rabb...

No comments:

Post a Comment