Sunday, December 8, 2013

Sekolah Orang-orang Yang Buta Huruf-huruf Al Qur'an

Salam budiman. Bersyukur ke hadrat Illahi Rabbi. Saya bagus berblog untuk meneruskan penulisan tentang Sekolah Orang-orang Buta Huruf Al Qur'an ini. 

Ya, aku tersangatlah buta huruf dalam mengenali Ayat-ayat Al Qur'an. Ada 28 ayat kesemuanya ialah Huruf-huruf Hija'iyah Alif hingga Ya. Juga ada dua huruf yang sebenarnya berbentuk beza rupa sahaja namun masih di dalam senarai 28 huruf-huruf tadi. Iaitu Huruf Alif Maqsurah dan Ta Marbutah.

Apakah itu 28? Ianya adalah Second Perfect Number dalam Ilmu Matematik. Bagi anda merasa betapa dahaganya Ilmu ini bolehlah rujuk maklumat am tentang apakah itu Perfect Number di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Perfect_number. Dan apa kaitannya dalam memahami Al Qur'an?

Ya, saudaraku. Al Qur'an ini disusun sehaluan dengan Ilmu Matematika. Ilmu itu datangnya daripada Allah SWT. Bukan rekaan manusia. Kerana kaitan Logical Knowledge antara Susunan Ilmu Al Qur'an dengan Ilmu Matematik maka tiada apa lagi perbahasan yang sesiapapun boleh bangkitkan tentang betapa WahyuNya kesemua Kalam Allah ini.

Tak kiralah siapa anda, apa agama anda atau pun apa Kitab yang anda rujuk buat pedoman. Anda akan dapat melihat betapa Ketinggian Keilmuan Al Qu'an ini suatu yang 'Ajaba. Atau bahasa mudahnya sangat ajaib. 

Dalam melakar tulisan di Facebook saya telah menghuurai beberapa perkongsian ilmu bermula Dari Surah Al-Alaq iaitu Surah yang 96 dan 4 Surah-surah yang lain sehinggalah kepada Surah Al-Masad iaitu Surah yang ke -111. Maka, saya akan lanjutkan penulisan di blog yang sangat saya sayang ini sebagai suatu lagi bentuk perkongsian untuk kita sama-sama bincangkan. Moga akan adanya Rahmat Allah dan Segala MardhatillahNya.

No comments:

Post a Comment