Sunday, December 8, 2013

Bismillahir Rahmanir Rahim

Lupakan soal polemik tentang samada ianya sebahagian ayat Al Qur'an atau tidak; namun pada Surah An Naml; Surah 27 :30 ianya adalah sebahagian daripada potongan ayat tersebut:

27:30
Saya menolak sistem numerikal abjad yang menyama ertikan nilai numerikal pada Bismillahir Rahmanir Rahim sebagai 786. Saya suka untuk melihat susunan numerikal ayat-ayat Al Qur'an sebagai suatu guidline untuk kita mencari sesuatu petunjuk tentang nak memahami Al Qur'an. Sebagai contoh; Surah 27:30 boleh dibaca sebagai 3 kuasa 3: 3[2(2+3)]. Jadi kita nampak di sana ada kata kunci pada 3 dan juga pada 2 dan juga pada 2+3 atau 5. 

Ya, ketiga-tiganya adalah nombor Perdana awalan dalam susunan numerikal yang membolehkan untuk kita mendapatkan The Perfect Number. Jadinya; N=2,3,5.

2 adalah Syahadatain. 3 adalah trideminsional thinking. 5 ialah Jumlah Solat seharian sebagai Kitaban Mauquta. Juga 2(2+3) iaitu 10 adalah suatu Logarthma 10 yang kita gunakan sebagai Suistem Metrik kini. 30 ialah Jumlah Juzuk dalam Al Qur'an. 

Juga kita boleh ambil petunjuk pada Surah 2, 3 dan 5 sebagai nak memahami maksud Bismillahir Rahmanir Rahim. Pada Surah 2 dan 3 kedua-duanya dimulakan dengan Alif Lam Mim. 

Dalam Surah 5: Surah Al Ma'idah pada ayat 5:6 dipersembahkan kepada kita Protokol dan membersihkan diri daripada hadas:
5:6
Banyak lagi kunci-kunci awalan yang perlu kepada kita untuk memhami Bismillahir Rahmanir Rahim. Kita bersambung di lain masa. Insha Allah.

No comments:

Post a Comment