Wednesday, December 30, 2009

Pastikan diriku bukan sang Kafirin dan bukan Munafiqin

Antara tiga itu satu mungkin kita. Mu'min, Munafiqin dan Kafirin. Itu jelas kerana tiada lagi yang selain itu. Jika kita belek pula AlWaqiah, kita kan dapati antara Sang Kanan atau Sang Kiri atau yang lebih mulia ialah Sang Terkehadapan. Hidup ini tiadalah lain melainkankan suatu ujian untuk menentukan di manakah harus kita tinggal dan menetap selepas kematian.


Tapi jika dilihat hidup ini bagaikan tiadanya alam selepas kematian itu. Hidup ini telah dibayangkan kekal. Telah digambarkan sebagai selama-lamanya sehingga kita lupa alam haikiki itu di mana. Kekalahan senantiasa buat sang pengejar akhirat jika dia bersaing di dunia. Jika dia beroleh kemenangan pula ianya mesti dilihat dalam dua kedalaman. Neraka bagi kita yang ingin memperolehi syurga ketika di fana ini. Oh! Al Baqarah yang telah kulayarkan tadi terberhenti kerana berakhirnya ayat yang ke 286. Kini jam telah menunjukkan 11.23 pagi. Kumulakan semula perjalanan Al Baqarah. Kuharap ketenangan akan terus kuberoleh dengan kemerduan gelombang Al Baqarah ini.


Memang harus kita takuti kerana sempadan antara lembah Mu'min dan Munafiqin itu amat rapat. Sehingga kita selalu tergelincir. 20 ayat awal Al Baqarah dibahagikan tiada sama untuk lembah-lembah yang tadinya disebut. Cuma satu lembah sahaja yang kita pastinya terselemat berkat. Iaitu lembah Mu'min. Manakala yang dua lagi lembah cukup marabahaya. Oh! Si lembah Kafir hanya dua barisan ayat sahaja diceritakan. Jelas pantas kita boleh elak dari terjerumus padanya. Akan tetapi semenjak perjalanan ayat ke delapan hingga ke dua puluh, yakni sebanyak 13 ayat menceritakan segmen Munafiq. Waduh! Marilah kita elak dan berlari jauh dari sempadan kabur itu. Kerana dengan lentok layu dan rayu iblis kita sedang berperang lagi. 11.30 pagi menamatkan penulisan ini.

No comments:

Post a Comment