Wednesday, April 27, 2011

Buka Rahsia

Buka Rahsia. Apakah itu Rahsia? Rahsia ialah perkara yang belum lagi diceritakan. Maka bila sudah diceritakan ia bukannya rahsia lagi. Di sudut almari dan di atas meja tersusun suatu Kitab Suci yang dinamakan Al Qur'an. Namun kitab itu hanyalah hiasan dan buat bacaan sepintas lalu setelah usai Solat. Biasanya pada waktu selepas Maghrib. Justeru, kenapa tidak Kitab Suci itu dibuka dan dibaca kerana padanya ada semua rahsia tentang diri dan alam. Ya, diri mesti dikenali. Alam mesti diketahui. Dengan mengetahui diri dan alam, pastinya akan kita tahu bahawa ada yang mencipta keduanya. Siapakah yang mencipta diri dan alam. Oh! Nanti dulu sahabatku. Usah pergi lebih jauh. Kerana kita mesti selesaikan tentang pengertian maksud diri dan alam ini. Siapakah aku dan kamu? Dari manakah kita datang? Dari manakah asal usul kita? 

Atas nama Allah. Aku mulakan bicara ini. Atas nama Cinta, bicara ini gelora. Atas nama Kasih Sayang, penulisan ini dibelai dan diusap. Halus lembut. Menyentuh kalbu. Baldu biru. Di atas nama kekasih dan gelora percintaan lalu hati jadi tenang dengan sepenuh ketenangan. Jiwa jadi ampuh, gemalai meruntun. Embun pagi yang membasah pipinya. Diusap dengan sayang, dibelai dengan penuh kasih dan maknanya.

Semalam bintang berkilauan walau ada juga yang berkerlipan. Kerana ada yang di situ tak ke mana, manakala ada yang berpusing mengikut orbitnya. Lalu ada yang kita nampak kemudian tak nampak kemudian nampak lagi kilauan cahayanya. Manakala ada yang terus kita nampak kerana ia di situ menetapnya. Merekakah bintang-bintang atau merekakah taqdir kita di dunia. Yang tersusun bagai matriks nombor yang berjajaran. Lalu yang indah dan cantik itu memang tersergam. Rasa nak dipujipuja. Rasa nak leleh rasa pasrah dan menyerah padaNya. Nak bersyukur sentiasa. Nak ucapkan kepada Sang Pencinta Agung. Aku Cinta padaMu.

No comments:

Post a Comment