Thursday, April 28, 2011

Cinta itu Rahsia. Rahsia itu Cinta.

Cinta, apakah maksudnya Cinta? Inilah suatu kalimat yang disukai semua manusia. Cinta itu apa sebenarnya? Adakah ianya suatu kata kerja atau suatu kata nama? Cinta ialah kata nama. Yang dipinjamkan sebagai kata kerja bagi membolehkan ianya dirasai dan digambarkan. 

Banyak barangkali boleh dianalisis bagaimana sebutan ini terbentuk dan terjadilah bentuk sebutannya sebagai Cinta. Tidak usah pergi jauh dan kita lihat saja kepenggunaan peristilahan ini hari ini. Ada yang kata Cinta itu adalah Alam ini. Cinta adalah Lautan dan Daratan. Cinta adalah Langit dan Bumi. Cinta adalah Bulan, Bintang dan Matahari. Cinta adalah angkasaraya dan langit berlapisan. Cinta adalah ombak dan pantai. Cinta adalah air, angin dan udara. Cinta adalah cahaya dan api. Semuanya diisbatkan sebagai Cinta.

Bila dijadikan kata sifat. Cinta itu Rawan yang merawan. Cinta itu Indah dan menawan. Cinta itu Abadi. Dan ada juga yang mengatakan Cinta itu Agung. Di manakah cinta? Cinta ada di udara. Di angin lalu. Cinta pula boleh hadir dan boleh pergi. Cinta ada di dalam hati ini. Cinta dan cinta dan cinta dan pelbagai wajah dan maksud cinta.

Ramai juga bertanya, dan masih bertanya lagi.... Apakah maksud Cinta? Apakah itu Cinta? Ada yang berkata... Aku sedang bercinta... sedang dilamun cinta!

Cinta itu adalah Tuhanmu. Cinta adalah Allah. Allah itu Cinta. Cinta sebenarnya memberikan maksud segalagalanya ada di dalamNya. Diri dan ketuhanan itu amat dekat. Sedekat apa sahaja yang dekat, amat dekat sangat antara diri dan ketuhanan. Di manakah Allah? Allah ada di mana-mana.......

Cinta itu rahsianya ialah Tuhan yang kita cari dalam kesemulajadian kejadian kita sendiri. Sebagaimana Nabi Ibrahim mencari TuhanNya. Difikirnya langit, bulan, bintang, matahari dan apajua yang dianggap rahsia. Lalu rahsia menceritakan bahawa bulan, bintang, matahari dan apajua yang dilihat itu adalah makhluk. Yang dijadikan. Maka tiadanya rahsia yang dicari itu pada makhluk. Sehinggalah rahsia meneceritakan kepadanya bahawa Tuhan itu adalah Allah. Kerana apa Nabi Ibrahim menemui Tuhannya? Kerana Cinta yang sedia ada dalam dirinya dan Cinta yang ada di mana-mana itu. Cinta itulah Allah.

No comments:

Post a Comment