Friday, May 6, 2011

Alam Semesta, Bahasa Arab dan Sistem Pertigaan

Dalam mimpi Nabi Yusuf, beliau menyatakan bahawa beliau melihat 11 kaukab (planet/bintang), bulan dan matahari sujud kepadanya. Jumlahnya menjadi 11 kaukab + 1 bulan + 1 matahari sujud kepada 1 Nabi Yusuf. Kita baca elemen alam semesta itu dalam Bahasa Arab atau sistem pertigaan.

Setelah ahli astronomi melalui pelbagai kajian maka pada Ogos 2006 kesemuanya bersetuju menetapkan bahawa planet bertanah atau berbatu itu hanya ada 4 sahaja iaitu Utarid, Kejora (Zuhrah/Venus), Bumi dan Marikh. Jadi nilai 11 dalam sistem pertigaan ialah 4. 4 juga planet yang berasaskan gas (pepejal ais) iaitu Musytari(Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus dan Neptun. Jadi apa yang dicerap selama ini hanyalah kaukab.

Akhirnya polemik 11 planet patut berakhir bilamana 11 itu dibaca secara sistem pertigaan. Ianya hanyalah 4 sahaja. Iaitu 4 planet bertanah dan 4 planet bergas-pepejal-ais.

Jumlah 11+1+1=13 (iaitu anak Nabi Yaaqub 11 orang + Nabi Yaaqub dan isterinya); jika ditulis dalam sistem pertigaan 13 ialah 111; iaitu jumlah ayat dalam Surah Yusuf.

Apakah pula signifikasi 111 di sini? 111 yang sujud kepada 1? Kita boleh menyimpulkan yang ianya merujuk kepada Matahari, Bulan dan Planet yang sujud kepada Allah. Kerana Allah Rabb Sekalian Alam.

Bahasa Arab, bilangan hurufnya ada 28. 2+8=10, 1+0=1. Maknanya ianya telah kembali kepada Penciptanya Allah. Setiap huruf dalam Bahasa Arab mempunyai kiraan bilangannya dan juga maksud karakternya. Apakah itu Bumi atau Ardh' (huruf Alif + Ra + Dhad). Bebanan numerikalnya ialah 1 + 200 + 800 =1001. Maksud karakter Alif, Ra dan Dhad ialah Allah Tuan Besar (yang Melihat) dan Pemutus Hukuman. Bagaikan kita telah sampai ke Maqsud - Maliki YauMuddin.

Oh ya! Ardh tadi nilainya 1001 jadi jika ianya dibaca sebagai sistem pertigaan pula, nilainya ialah 28. Jadinya 28 huruf Bahasa Arab yang kita gunakan untuk membaca Al Qur'an tadi adalah untuk memahami bagaimana untuk hidup di Bumi ini. Tersempurna Al Qur'an diwahyukan kepada Nabi Muhammmad SAW menjadilah Ad Din Al Islam. Inilah Kod Kehidupan di Bumi bagi kita berhadapan di hari Ad Din nanti.

No comments:

Post a Comment