Tuesday, May 24, 2011

Cadangan untuk memantapkan Bolasepak Professional Malaysia

Segalanya sering dibimbing oleh polisi nasional dan implementasi undang-undang. Justeru bolehlah FAM memikirkan tentang Akta Entiti Bolasepak Professional Malaysia digubal. Entiti tersebut mestilah sesuatu yang menyamai entiti yang diwujudkan dalam Akta Syarikat atau Akta Koperasi. Ianya bukan lagi sebuah pertubuhan sukan lagi. Persatuan Bolasepak Negeri misalnya kini bolehlah dikorporatkan sebagai sebuah syarikat Berhad. Contohnya Persatuan Bolasepak Perak bolehlah menjadi Entiti Bolasepak Professional Perak Bersekutu Berhad. Syer-syer pemilikan bolehlah diterbitkan dan Kerajaan Negeri Perak atau melalui anak syarikatnya bolehlah memegang majoriti syernya sehingga 60% dan selebihnya dibuka kepada awam. Suatu dana pengurusan bolasepak tersebut akan menjadi suatu pengurusan sebuah syarikat Berhad. Nama pasukan kepada Entiti Bolasepak Professional Perak Bersekutu boleh diringkaskan sebagai Perak Bersekutu dan didaftarkan tandaniaganya, nama timangannya, warna rasmi  dan logonya. Kini Perak Bersekutu misalnya sudah menjadi suatu entiti yang 100 peratus komersial.

Bagi kelab-kelab bolasepak yang telah maju yang kini dibiayai oleh mana-mana syarikat korporat boleh melakukan yang sama. Contohnya, Felda United. Boleh saja didaftarkan sebagai Entiti Bolasepak Professional Felda Bersekutu Berhad atau Felda Bersekutu. Kepenggunaan Bahasa Malaysia hendalah diperkasakan bagi menonjolkan jatidiri bangsa dan negara. Bagi entiti syarikat Berhad ini, bolehlah mereka memikirkan untuk bersaing di BSKL suatu hari nanti. Oh ya! Setiap pasukan yang tadinya telah ditubuhkan hendaklah memiliki sebuah Stadium (Tuan Rumah) bagi melaksanakan pertandingan bolasepak dan juga mesti memiliki sebuah padang latihan tersendiri. Di tempat tersebutlah para penyokong akan berkumpul dan berinetraksi bagi menjayakan pasukan bolasepak masing-masing. Bebaskan aktiviti ini dari kongkongan politik yang terlalu merimaskan. 

1 comment:

  1. Salam sdr,
    topik di atas sgt menarik, sementelah sy ada minat mnedalam utk menyelidik bagaimana bolasepak kita ini boleh ditransformasikan dalam ertikata sebenar sbg professional. Bolehkah sdr share apakah kekangan & peluang dari perspektif peraturan sukan (sports law -cth: akta). T.kasih

    ReplyDelete