Thursday, May 5, 2011

Pengertian maksud Alam Semesta dalam Mimpi Nabi Yusuf

Dinukilkan dalam empat ayat pertama bermula dengan ALIF, LAM, RA. Alif. Lam. Ra. adalah pengunci kepada Surah yang ke-12 ini yang mana keseluruhan jumlah ayatnya adalah gandaan 3 nombor 1 iaitu 111. Penegasan seterusnya berbunyi:

Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Qur'an yang menyatakan kebenaran.

Dan seterusnya ayat kedua memberikan maksud begini:

Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Qur'an yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

Pada ayat ketiga pula :

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Qur'an ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.

Dan di ayat yang keempat:

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Pada ayat yang kedua cukup mendalam maksudnya, iaitu Al Qur'an ini diturunkan sebagai kitab yang dibaca dengan Bahasa Arab. Ini adalah supaya sang pembacanya membaca Al Qur'an ini menggunakan aqal untuk memahami isi kandungnya. Apakah itu Bahasa Arab? dan kenapa Bahasa Arab? Sudah pastilah Bahasa Arab yang sememangnya sebuah bahasa yang berpegang kepada sistem numerikal dan sistem mantik yakni, logika. Bahasa Arab adalah satu-satunya bahasa yang mana sistem tatabahasanya berpaksikan hukum pertigaan iaitu 0, 1 dan 2. Atau ringkasnya, 1+2=10.

Wah ini Surah Yusuf ini adalah surah yang ke 12 dan jumlah ayatnya 111. Jadi kedua-duanya berjumlah 10 (dalam sistem pertigaan). 1+2=10 dan 1+1+1=10. Demikianlah huruf Alif Lam Ra berfungsi sebagai pengunci kepada Surah ini.

Demikianlah buat saat ini dan berfikirlah dahulu sebelum kita teruskan sambungan bicara ini.

2 comments:

  1. 10 bermaksud yang awal dan yang akhir. peristiwa 9/11 bermaksud untuk melangkau dan mencabar 10... sepertinya juga panggilan kecemasan 911. sumber: the arrivals part?

    ReplyDelete
  2. Ada banyak maksud 10; sekurang-kurangnya mesti ada 19 maksud berbeza...

    ReplyDelete